ISTERI kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera meluahkan rasa berang apabila pembantu rumah melarikan diri dan meninggalkan anak-anak di rumah mereka sekitar pukul 2.30 petang, Rabu.
Menurut Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, pembantu rumahnya itu bertindak sedemikian dipercayai berpunca tegurannya mengenai kerja di dapur.
ARTIKEL MENARIK:Cikgu Tegur Siapa Rasa Tak Suka Dengar Budak Bising Sila Makan Dekat Rumah, Sekali Betty Rahmad Tampil Bagi Komen Padu Pada Cikgu Itu
“Isunya pagi tadi saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melampau!
Rakaman menunjukkan wanita tersebut lari ikut pintu belakang rumah.
“Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain,” katanya.
Syaheera berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.
Dia juga memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan pembantu wanita tersebut melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka.
Wanita berkenaan sempat menukar pakaian sebelum nekad untuk melarikan diri.
Dalam pada itu, Syaheera berkata pihak polis sedang melakukan rondaan bagi mengesan wanita berkenaan.
Dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam.
“Kalau ada yang ternampak, tolong pegang kejap dan maklumkan kepada saya. Pihak polis juga sedang melakukan rondaan.
“Kalau saya jumpa memang akan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Tindakannya biadab,” luahnya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Kredit -
Post a Comment