Bentong: Seramai enam individu yang menaiki sebuah van persiaran maut sejurus kenderaan dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi konkrit.
Sumber Bomba dan Penyelamat berkata, dalam kejadian 1 tengah hari tadi, van dinaiki mangsa terbabit kemalangan ketika menuruni jalan dari pusat peranginan Genting Highlands di sini.
ARTIKEL MENARIK:Dua Bekas PM Disaman Berhubung Penamatan Projek HSR
Menurutnya, terdapat 12 wanita dewasa dan dua lelaki dewasa yang menaiki van itu ketika kejadian berhampiran kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands.
"Susulan kejadian itu satu jentera bomba dan Balai Bomba dan Penyelamat Genting dihantar ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati 10 mangsa wanita dan dua mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan itu. Anggota bomba kemudian segera menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa.
"Setakat ini seramai enam mangsa membabitkan lima wanita dan seorang lelaki disahkan meninggal dunia," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Lapan lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan kecemasan. Identiti semua mangsa masih cuba dikenal pasti," katanya.
Kredit -hmetro
Post a Comment