Orang ramai merungut saiz hidangan dijual di premis makanan didakwa semakin kecil dan sedikit, tetapi harga bertambah mahal.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Atikah Ibrahim, dia memuat naik gambar memaparkan hidangan sotong celup tepung yang dipesan di sebuah kedai makan baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK:Tular Gambar Premis Perniagaan Selamber Pacak Pagar Tutup Laluan Jalan Kaki
Namun, apa yang mengejutkan adalah saiz sotong disediakan oleh peniaga terlalu kecil dan hanya dipenuhi tepung semata-mata.
Tanpa berkongsi lokasi kedai tersebut, perkongsian wanita itu menjadi tular di media sosial.
Rata-rata netizen menggambarkan keadaan makanan tersebut seperti indah khabar dari rupa.
“Luar nampak menarik sotong celup tepung, bila koyakkan, sotong besar semut sahaja,” seloroh Aini.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Kamarul Syukri berkata, kebanyakan harga sepinggan sotong celup tepung sekitar RM8 hingga RM12, tetapi sekiranya saiz yang dihidangkan sekecil itu adalah tidak berbaloi.
“Peniaga kalau nak ambil untung banyak sekali pun, jangan aniaya pelanggan, buatnya ibu mengandung teringin sangat makan, akhirnya macam itu sahaja rupanya, bukan nama sotong celup tepung, tapi tepung perasa sotong,” komennya.
“Ini memang peniaga pergi haji balik hari, pergi balik esoknya, cepat kaya, modal tak tinggi, untung lima kali ganda,” perli Syarikin.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -
Post a Comment