Meskipun sedang dibelenggu dengan masalah rumah tangga, pengarah popular iaitu Syamsul Yusof kini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk pembikinan filem The Original Gangster.
Pengarah berusia 38 tahun itu turut berkata, dia enggan diganggu buat masa ini kerana mahu fokus untuk pembikinan filem itu.
ARTIKEL MENARIK:Netizen Puji Cara Fizo Omar Respond Komen Bekas Isteri, Mawar Karim Yg Beritahu Kehidupan Dulu Banyak Dipergunakan
Namun, penerbit iaitu Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan masalah rumah tangga yang dihadapi Syamsul sedikit sebanyak menganggu fikirannya di set.
Sebelum ini menurusi Hantaran di laman Insta gram Syamsul rekaman video latar belakang di set lokasi penggambaran filem barunya. Namun apa yang menarik perhatian orang ramai apabila isteri keduanya Ira Kaza yang tidak ketinggalan meninggalkan komen di hantaran tersebut bagaimanapun komen tersebut hilang.
Rata-rata netlzen mendakwa syamsul telah memadam komen lra, Bagi mengelakan kena saman. Meninjau keruang komen media sosial menganggap tindakan itu sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai.
Malah, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen tersebut dipadam kerana meminta agar anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu terus mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan bertambah keruh.
Walaupun Syamsul tidak pernah berkongsikan hal peribadi kemana-mana pihak, tetapi Saniboey dapat menghidu suami kepada pelakon Puteri Sarah itu sedang dalam dilema dan kusut atas segala yang sedang berlaku di luar set.
Dalam pada itu, pengarah berusia 39 tahun itu masih mempunyai banyak baki pengambaran yang perlu diselesaikan olehnya.
Bahkan Saniboey mengakui progres di set penggambaran juga sedikit terganggu disebabkan kontroversi rumah tangga dengan isteri, Puteri Sarah, namun masih dalam keadaan terkawal.
Saya kagumi dirinya. Dalam pada dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik.
Sumber : Yt kokoci tv
Kredit -Media 96 Times.
Post a Comment