“Semoga Kedua-Dua Isteri Ku Tenang & Banyakkan Bersabar…” – Syamsul Yusof Beri Bayangan Mahu Isteri Berdamai

“Semoga Kedua-Dua Isteri Ku Tenang & Banyakkan Bersabar…” – Syamsul Yusof Beri Bayangan Mahu Isteri Berdamai

Pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof memberi bayangan seolah-olah mahukan kedua-dua isterinya, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar berdamai.

“Semoga Kedua-Dua Isteri Ku Tenang & Banyakkan Bersabar…” – Syamsul Yusof Beri Bayangan Mahu Isteri Berdamai



Syamsul menerusi hantaran di Instagram (IG)nya pada Selasa, mengucapkan selamat pagi berserta ucapan ringkas yang meminta isteri-isterinya tenang dan bersabar.

ARTIKEL MENARIK:[V]“Awak Nak Mintak Berpisah, Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan…” – Syamsul Yusof Kecewa Difitnah & Diaibkan




Kapsyen yang dimuat naik oleh Syamsul Yusof berserta beberapa gambar.

“Morning! (Selamat pagi!) Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” katanya di ruangan kapyen.

Syamsul turut memuat naik foto hitam putih ketika majlis pernikahannya bersama Puteri Sarah dan Ira Kazar pula sebaliknya.

Bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran tersebut telah ditutup.




Loading...


Foto perkahwinannya bersama Puteri Sarah. 

Foto perkahwinannya bersama Ira Kazar.

Sebelum ini, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengakuan secara terbuka di IG mengesahkan telah bernikah dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand pada Jumaat lalu.

Pengakuan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ibu dan bapa Syamsul Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun sehingga kini, Kazar dan Ira tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara (pernikahan) yang telah berlaku. –BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post