[V]“Awak Nak Mintak Berpisah, Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan…” – Syamsul Yusof Kecewa Difitnah & Diaibkan

[V]“Awak Nak Mintak Berpisah, Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan…” – Syamsul Yusof Kecewa Difitnah & Diaibkan

Pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof tampil menjawab dakwaan Puteri Sarah Liyana berhubung kenyataan menyekat isteri pertamanya itu daripada media sosial dan aplikasi Whatsapp.

[V]“Awak Nak Mintak Berpisah, Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan…” – Syamsul Yusof Kecewa Difitnah & Diaibkan



Syamsul menerusi sebuah hantaran video menjelaskan dia tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan namun terpaksa menggunakan platform media sosial untuk mengelak fitnah daripada berterusan.

ARTIKEL MENARIK:Muat Naik Hantaran Baru Di Instagram, Kazar Luah Perasaan Selepas Lama Berdiam? – “Rehat Jap…Penat Kena Buli”




Syamsul Yusof bersama isteri-isterinya Puteri Sarah dan Ira Kazar.

“Saya terpaksa buat video ini di media sosial untuk menangkis tangkapan buruk, sebab itu orang kata kalau tak tahu masalah sebenar rumah tangga orang lain jangan bersuara.

“Bukanlah saya nak kata Sarah salah saya betul, anda hanya mendengar cerita sebelah pihak, terus judge saya. Saya tersepit, tapi kalau bagitahu nanti isteri nombor satu saya Sarah tambah lagi (kenyataan), bila benda ni nak habis

“Makin saya diam, makin teruk kata-kata fitnah dari masyarakat. Ya, saya semak dengan benda ni,” luahnya.

Katanya lagi, dia mempunyai sebab yang kukuh menyekat Puteri Sarah daripada akaun media sosial dan aplikasi Whatsapp.

“Kenyataan Sarah tentang saya sekat dia di media sosial dan kata saya tak bawa berbincang…Cuba lihat balik video-video saya sebelum ini Puteri Sarahku, saya dah kata jangan libatkan orang lain.

“Ni awak nak mintak berpisah, okay tak apa kalau itu yang awak mahukan tapi kita berbincang di rumah antara saya dan awak dari hati ke hati tak perlu melibatkan orang lain,” katanya.

Dakwa Syamsul lagi Puteri Sarah juga sering memaki hamun tanpa sebab, menyebabkan dia menyekat isterinya itu kerana enggan memudaratkan hubungan mereka suami isteri.



Loading...


“Kenapa saya block awak? Saya tak nak cakap tetapi untuk elak fitnah saya bagitahu. Orang kutuk saya hina saya bapa iblis dan sebagainya, tak apa saya telan.

“Saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Bagaimana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah? Awak sentiasa memaki hamun saya, awak dah tak ada rasa hormat, saya tak ada ruang untuk berbicara.

“Untuk tidak memudaratkan hubungan kita, saya block awak,” katanya.

Dalam pada itu Syamsul turut memohon Puteri Sarah supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbukan tanggapan negatif terhadap dirinya.

Katanya, dia dan Puteri Sarah tidak pernah putus berkomunikasi malah semua kehendak isterinya itu dipenuhi tanpa banyak bicara.

“Selama ni kita berkomunikasi menerusi mak awak, mak saya, adik kita atau orang gaji. Awak minta dua orang gaji, saya bagi.

“Baru tadi kita berkomunikasi sebab awak nak duitkan? Saya bagi, apa sajalah untuk anak-anak laju saya bagi sebab saya cari duit ni untuk awak, untuk anak-anak.

“Tolong jangan wujudkan persepsi kepada orang yang seolah-olah kita ni tak ada komunikasi langsung,” luahnya kesal. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post