Pelakon Amyza Aznan tampil memberi penjelasan mengenai gaun leret terbelah paras peha yang dipakai ketika menjadi artis undangan Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dalam program Famili Duo malam tadi.
Jelas Amyza, dia memakai seluar dengan warna senada dengan kulit dan pihak produksi maklum mengenai perkara itu.
ARTIKEL MENARIK:Pakai Kain Belah Sampai Paha, Netizen Terkejut Tengok Penampilan Amyza Aznan
Gaun leret terbelah paras peha yang dipakai ketika menjadi artis undangan Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dalam program Famili Duo.
“Itu bukan kulit, itu seluar yang sama warna dengan kulit. Yang menonton di studio mesti tahu saya pakai seluar dan pihak produksi pun takkan lepaskan kalau terlalu seksi.
“Dalam persembahan malam tadi, dengan teknik pencahayaan dan hasil permainan kamera menyebabkan ia kelihatan begitu (seperti mendedahkan paha).
“Saya pun bukanlah bodoh sangat sampai tak tahu garis panduan dan tatacara sebelum muncul di mana-mana siaran langsung,” katanya.
Mengulas mengenai tindakannya menutup ruangan komen, Amyza berkata dia tidak mahu mengundang perbalahan di antara peminat dan netizen.
“Sebelum saya tukar ruangan komen hantaran tersebut kepada mod privasi, macam-macam tuduhan dilemparkan.
Penampilan Amyza dalam persalinan serba hitam itu meraih sorakan penonton yang memenuhi Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.
“Bila saya jelaskan pakai seluar warna kulit, mereka kata kenapa tak pakai seluar warna hitam? Habis tu apa lagi yang saya nak kata?
Untuk mengelak pertikaian yang entah apa-apa lebih baik tutup sahaja ruangan komen,” katanya kepada BOOM!
Malam tadi, penampilan Amyza dalam persalinan serba hitam itu meraih sorakan penonton yang memenuhi Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.
Penampilan berani artis versatil itu mengundang kritikan ramai yang menganggap busana disarung Amyza tidak sesuai dengan usia kerana terlampau seksi.- BOOM!
Kredit -
Post a Comment