Ramai Trkejut Isteri Pelakon Cat Farish Dedah Kena Lafaz Ceral Tiga Kali. Beliau Tampil Jelaskan Cerita Sebenar

Ramai Trkejut Isteri Pelakon Cat Farish Dedah Kena Lafaz Ceral Tiga Kali. Beliau Tampil Jelaskan Cerita Sebenar

Kuala Lumpur – “Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia mel.afazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.”

Ramai Trkejut Isteri Pelakon Cat Farish Dedah Kena Lafaz Ceral Tiga Kali. Beliau Tampil Jelaskan Cerita Sebenar



Demikian kata isteri kepada penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 48, iaitu Suriani Hassan, 36, yang diceraikan pada 13 Disember lalu walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL MENARIK:Isu kahwin dua, Syamsul Yusof janji mahu jelaskan situasi sebenar


“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah membuat pendaftaran pengesahan cerai di M.ahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu untuk m.ahkamah menentukan berapa jumlah talak yang dilafazkan Cat.

Cat Farish Tampil Jelaskan


Penyanyi Cat Farish mohon diberi ruang menyelesaikan ma.salah rumah tangga dihadapi selepas isterinya mend.akwa diceraikan sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.

Cat atau Farrish Zaquan, 46, berkata, dia kini dalam proses untuk memperbaiki kesilapan dan berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat dia dan isteri.

Sebenarnya perkara ini adalah hal peribadi yang tak dapat dikongsikan lagi. Cuma saya nak minta untuk semua berdoa yang baik-baik.

Saya enggan memberi komen lanjut kerana situasi pun sedang panas. Saya tidak mahu ada s.alah faham di antara kami yang mengeluarkan kenyataan mengikut emosi,” katanya ketika dihubungi.



Loading...


Dalam pada itu, Cat memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berhubung i.su rumah tangganya sebaliknya menunggu perbicaraan di m.ahkamah pada 16 Januari 2023.

Kata Cat, dia menyerahkan kepada m.ahkamah bagi membuat keputusan berhubung tiga lafaz cerai yang dibuat terhadap isteri.

Mengenai perkara ini saya perlu dapatkan pengesahan daripada pihak m.ahkamah dan bertanya apakah yang harus saya lakukan.

“Sebab perkara ini mungkin berlaku tanpa niat, iyalah kita kadang-kadang pun s.tres. Jadi, saya hanya mahu menunggu 16 Januari ini untuk mengetahui status sebenar kami,” ujarnya.

Sementara itu, Cat menjelaskan dia bukan cuba melarikan diri daripada m.asalah sebaliknya mahu menyelesaikan ke.melut itu tanpa sebarang emosi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Kalau saya berbincang dengan isteri, kemungkinan kami akan sama-sama terperangkap dalam emosi. Jadi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya masalah seperti ini dibawa pada pihak yang tidak akan mengeruhkan keadaan.


“Saya minta doa yang baik-baik. Sekarang ni saya tidak mahu cakap apa-apa. Lepas hari perbi.caraan nanti baru kami boleh ambil keputusan,” katanya.

Untuk rekod, Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 dan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli namun mereka berp.isah pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 16, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Mstar/IG/om


Kredit -Komedi Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post