Dua kereta bergesel punca ragut nyawa penonton

Dua kereta bergesel punca ragut nyawa penonton

IPOH – Kemalangan yang menyebabkan seorang penonton terkorban pada pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor di Kampung Gajah, Pasir Salak semalam, berpunca akibat dua buah kereta hilang kawalan selepas bergesel sesama sendiri.

Dua kereta bergesel punca ragut nyawa penonton



Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pergeselan itu menyebabkan sebuah daripada kereta tersebut terbabas ke kanan litar lalu memasuki laluan berumput

ARTIKEL MENARIK:Bas bawa 31 penumpang terbalik akibat hilang kawalan


Katanya, ketika kejadian, terdapat beberapa penonton sedang berdiri di kawasan berumput itu menyaksikan perlumbaan berkenaan.

“Kemalangan berlaku sekitar pukul 3.30 petang semasa pertandingan diadakan bagi kategori 1800 cc untuk lima pusingan melibatkan 12 kenderaan jenis Proton Satria.

“Ketika kejadian, dua daripada kereta itu telah bergesel semasa menghampiri garisan penamat menyebabkan hilang kawalan dan sebuah daripadanya terbabas ke laluan kanan litar dan memasuki kawasan berumput,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kenderaan yang terbabas itu telah melanggar salah seorang penonton yang berada di atas kawasan berumput dalam jarak 30 kaki dari laluan litar.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.


Loading...


“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang pada pukul 5 petang,” katanya.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa yang maut berusia 32 tahun dan merupakan seorang pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting, Taiping.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan pada paru-paru. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post