Ibu Syamsul Yusof Dakwa Ada ‘Tangan’ Kejam Pisahkan Cucunya Dengan Ayah Mereka

Ibu Syamsul Yusof Dakwa Ada ‘Tangan’ Kejam Pisahkan Cucunya Dengan Ayah Mereka

Sejak semalam hangat diperkatakan kembali mengenai kisah rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof apabila timbul dakwaan pengarah itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Ibu Syamsul Yusof Dakwa Ada ‘Tangan’ Kejam Pisahkan Cucunya Dengan Ayah Mereka



Susulan dakwaan tersebut, ibu kepada pengarah tersebut Datin Fatimah Ismail tidak berdiam diri apabila memuat naik perkongsian bahawa perkahwinan anak dan menantunya itu mendapat restu sepenuhnya daripada keluarga.

ARTIKEL MENARIK:Mahkamah: Cik Man didakwa lagi amang seksual terhadap remaja lelaki


Terbaru, Datin Fatimah dilihat ada memuat naik perkongsian terbaru meluahkan rasa sedih serta mengatakan tangan kejam cuba memisahkan cucu-cucunya dengan bapa mereka.

Malah, ujarnya lagi anak-anak Puteri Sarah sangat memerlukan sokongan seroang bapa yang akan membela nasib mereka.



Loading...


“Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka, namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan, ketika itu dia sedang sarat hamil 9 bulan.

Terdahulu, Puteri Sarah berharap agar tahun 2023 akan dapat membongkar segala yang telah berlaku sebelum ini.  Sarah turut memuat naik mesej diterima daripada individu yang mendakwa suaminya sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.


Kredit -ROTIKAYA




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post