Sejak semalam, satu demi satu pendedahan dibuat oleh pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai kemelut rumah tangganya menjadi tanda-tanya netizen.
Menerusi perkongsiannya semalam, Sarah berkata pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan, ketika itu dia sedang sarat hamil 9 bulan.
ARTIKEL MENARIK:Ibu Syamsul Yusof Dakwa Ada ‘Tangan’ Kejam Pisahkan Cucunya Dengan Ayah Mereka
Terbaru, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang tidak putus diterimanya. Sarah juga memberitahu sedang berkemas untuk pergi bercuti ke Jepun.
Dalam pada itu, Sarah sempat menjawab dakwaan netizen yang menuduhnya mahukan harta suami, Ujarnya, menggunakan wang hasil kerja kerasnya sendiri walaupun untuk bercuti.
“Baru balik ‘shooting’. Maklumlah, ibu yang bekerja mencari rezeki, kan. Alhamdulillah, rezeki tak putus. Sekarang, tengah kemaskan barang untuk percutian ke Tokyo sebab esok dah nak terbang . Kerja keras, bergembira sepenuhnya.
“Cuma, saya tertanya-tanya. Kenapa saya pula yang dikata nak harta suami? Pergi bercuti pun guna duit sendiri,” tulisnya.
Sementara itu, Sarah sempat memberikan sindiran kepada pihak ‘sebelah sana’ yang tidak bekerja tetapi minta macam-macam termasuk duit dan kereta daripada suaminya.
“Pergi holiday pun guna duit sendiri. Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takde kerana duit,” tulisnya.
Sejak semalam hangat diperkatakan ababila Puteri Sarah mendedahkan menerima mesej daripada individu mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar.
Namun, Sarah mengatakan bahawa dia tidak tahu dan tidak kisah dengan perkara tersebut. Malah, dia turut meminta soalan itu diajukan kepada suaminya.
Kredit -
Post a Comment