Umum mengetahui mengenai hubungan rapat pelawak, Shuib bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah sering mendapat perhatian ramai pihak.
Bukan itu sahaja, hubungan mereka itu dilihat sering menjadi pertikaian orang ramai malah ada segelintir yang cuba menjodohkan Shuib dengan pelakon wanita lain.
ARTIKEL MENARIK:Julia Farhana Tak Terfikir Bakal Kahwin Dengan Bapa Tunggal, Ikut Pilihan Ibu
Susulan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memohon agar keputusannya itu tidak dipersoal.
Memetik laporan BH Online, Shuib yakin dengan pilihannya kerana lebih mengetahui baik buruk keputusannya itu dan tegas menyatakan dia tidak akan sesekali rosakkan kehidupan dengan anak-anak.
“Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.
“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.
“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin,” katanya.
Tambahnya, dia mengerti peminat sangat mengambil berat akan dirinya dan anak-anak, namun dia memohon supaya tidak melampaui batas kerana banyak hati yang perlu dijaga.
Shuib turut menyangkal dakwaan yang menyatakan keputusan mengenali hati Watie atas keinginannya sahaja sedangkan dia mengutamakan keinginan anak-anak dan ibunya dahulu.
“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.
“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” jelasnya kepada BH Online.
Menjawab dakwaan bakal bernikah pada Mac tahun depan, Shuib memaklumkan bahawa tiada sebarang perancangan dibuat malah masih jauh untuk ke arah perkahwinan.
“Belum ada perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu. Ini kerana saya mahu pastikan anak-anak terima kehadiran Watie dahulu.
“Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya,” kongsinya.
SUMBER:bh online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/ via Applehijau
Kredit -Media 96 Times.
Post a Comment