Julia Farhana Tak Terfikir Bakal Kahwin Dengan Bapa Tunggal, Ikut Pilihan Ibu

Julia Farhana Tak Terfikir Bakal Kahwin Dengan Bapa Tunggal, Ikut Pilihan Ibu

Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pelakon Julia Farhana mended4hkan dia mengenali Dr Che Muhammad Hafiz sejak dua tahun lalu melalui ibunya.

Julia Farhana Tak Terfikir Bakal Kahwin Dengan Bapa Tunggal, Ikut Pilihan Ibu



Memetik mStar Online, Julia berkata mereka merahsiakan hubungan tersebut kerana mahu menjadi privasi keluarga. Julia turut menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang softspoken, gentleman dan matang.

ARTIKEL MENARIK:BaruSahaja Plakon NadZalnal Sdar, D0ktor Terpksa Ambil Kputusan Brikut BuatRmai Rsa Blmbang




“Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya. Saya kenal Dr Che Hafiz melalui mak saya. Mak saya suka dengan dia dan dah lama kenal dia. Saya pula tiada niat nak settle down sebab happy dengan karier saya, fokus dengan pelajaran, nyanyian dan berlakon.

“Tapil bila kenal dia saya rasa dia okay..not bad. Saya rasa dia lelaki baik, softspoken, gentleman..seorang yang matang dan boleh dibawa berbincang. Saya rasa dia bukan orang yang teruk untuk dijadikan suami,” katanya.

Menurut Julia, dia terbuka hati untuk menerima pilihan ibunya itu selepas melihat Dr Che Hafiz seorang yang memahami kerjayanya yang sibuk.


“Agak susah nak cari seseorang yang faham kerjaya saya yang sibuk ini. Saya masih baru dalam industri ini tapi bila berkenalan dengan dia, dia sangat faham dengan jadual yang padat, kehidupan saya dan terima saya seadanya,” katanya.

Kongsi Julia lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah siap hampir 90 peratus. Kata Julia lagi, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan seorang bapa tunggal.

“Saya tak pernah terfikir dan terniat untuk kahwin dengan bapa tunggal tapi bila dah jadi macam itu saya hanya lihat pada karakter dia. Ketepikan seketika hal lain…tapi saya memang pernah terfikir boleh terima ke kalau datang dengan pakej (anak).



Loading...




Dalam pada itu, Julia berkata dia belum berkesempatan untuk berkenalan dengan bakal anak tirinya, Lanaa Haura kerana menghorm4ti ibu kepada kanak-kanak itu iaitu Lufya Omar.

“InsyaAllah jika dibenarkan, jika tidak diterima oleh pihak lain saya terpaksa akur. Saya ikut keputusan suami saya.

“Saya tengok dari jauh saja sebab saya hormat ibu kandung dia. Sebab saya belum kahwin lagi…Haura ada ibu kandung, saya perlu minta kebenaran, jadi berkenalan atau bermain belum lagi,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/ via Sinar Viral


Kredit -Media 96 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post