Pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.
Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy mengakui kini hanya menghitung waktu menanti hari disiifatkan penuh bahagia itu.
ARTIKEL MENARIK:“Hubvngan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai Dan Menilai Watie
Menerusi hantaran dalam Facebook, Ogy menjelaskan sudah menerima pinangan selain tidak sabar menantikan detik itu. “Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” tulisnya.
Rata-rata pengikut di laman sosial itu turut mendoakan supaya dipermudahkan setiap apa yang dirancang dan sentiasa beroleh kebahagiaan.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya,” kata Asry Azizan. “Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat,” kata Sharifah Meryam Al-Attas.
“Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira,” kata Eleen Arisha.
Dalam pada itu, Ogy turut memuatnaik hantaran sama di Instagram beserta kapsyen yang menggambarkan perasaannya ketika ini.
“Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah,” katanya.
Namun hasil pemerhatian, Ogy sempat membalas beberapa komen warganet yang bertanyakan siapakah gerangan lelaki pilihannya itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://arenabolasepak.com via GengKepoh.net
Kredit -Media 96 Times.
Post a Comment