Bau busuk bawa penemuan mayat bekas mahasiswa

Bau busuk bawa penemuan mayat bekas mahasiswa

SERDANG – Bermula dengan laporan bau busuk di sebuah kediaman di Taman Sri Serdang, polis kemudiannya menemukan mayat lelaki warga Afrika berusia empat hari di sebuah bilik tidur rumah berkenaan, petang tadi.

Bau busuk bawa penemuan mayat bekas mahasiswa



Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang tidak senang dengan bau busuk dari kediaman mangsa sekitar pukul 11.50 pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK:Hujan berterusan di Pahang, Johor sepanjang hari


Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 31 tahun itu telah meninggal dunia dan merupakan bekas mahasiswa di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 2017 lalu.

“Tiada maklumat yang diperoleh berkaitan mangsa selepas tamat belajar di IPTA itu, kali terakhir mangsa dilihat pada Isnin minggu lalu oleh pekerja kedai serbaneka berhampiran rumahnya.

“Mangsa yang tinggal berseorangan itu disyaki mempunyai penyakit kerana terdapat banyak ubat-ubatan atas namanya yang berada di dalam bilik tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Loading...


Dalam pada itu, pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa dapati tiada unsur jenayah dan telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Anbalangan, doktor Patalogis Hospital Serdang mengesahkan tempoh kematian mangsa sudah mencapai empat hari.

“Siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post