Mahkamah: Anwar saman Sanusi berhubung ceramah didakwa fitnah di Tambun

Mahkamah: Anwar saman Sanusi berhubung ceramah didakwa fitnah di Tambun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor atas dakwaan memfitnahnya dalam satu ceramah kempen pilihan raya “Jelajah PN Best Tambun” pada 13 November lalu.

Mahkamah: Anwar saman Sanusi berhubung ceramah didakwa fitnah di Tambun



Anwar ,75, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu melalui Tetuan S.N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah hari ini dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

ARTIKEL MENARIK:Bau busuk bawa penemuan mayat bekas mahasiswa


Berdasarkan dokumen yang diperoleh petang tadi Anwar mendakwa pada 13 November lalu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah telah memberi cerama kempen pilihan raya sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Dakwa Anwar, ucapan kemudian telah diterbitkan dan disiarkan secara siaran langsung melalui laman sosial Facebook di bawah nama “Faizal Azumu”.

Ceramah itu kemudian mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Anwar mendakwa dalam ceramah itu antaranya membawa maksud beliau telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya, seorang
pendusta dan pembohong, mengkhianati mandat rakyat.

Selain itu plaintif seorang penjenayah walaupun pengampunan penuh telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).



Loading...


Kata Anwar akibat daripada kenyataan fitnah itu reputasi dan kredibilitinya sebagai pemimpin Islam yang disegani di dunia Islam telah tercalar teruk dalam menghadapi dakwaan keji dan tidak benar tersebut.

Plaintif juga mendakwa kenyataan-kenyataan itu adalah tidak benar, keji serta berniat jahat dengan tujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan Pakatan Harapan (PH) semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) pada 19 November lalu.

Dakwanya lagi kenyataan fitnah itu menyebabkannya dihina, mendapat cemuhan daripada masyarakat selain memudaratkan imej dan reputasi baiknya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pengerusi PH, Ahli Parlimen Tambun, Perdana Menteri ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia.

Kemudian pada 16 November lalu, Anwar melalui peguamnya menuntut defendan menarik balik, memohon maaf dan mengaku janji untuk tidak mengulangi dan membayar ganti rugi kepada plaintif

Bagaimanapun defendan melalui surat peguamnya bertarikh 7 Disember lalu, membalas surat dan menyatakan pengakuan tidak berbelah bahagi (tetap dengan pendirian) mengenai fakta dalam ucapan tersebut.

Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk serta teladan selain perintah untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan kenyataan serupa terhadap plaintif serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post