PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (buruk) di negeri Pahang dan Johor, hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, kawasan di Pahang yang diramal berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Pekan dan Rompin, manakala kawasan di Johor adalah Mersing.
ARTIKEL MENARIK:Perkhidmatan Mohd. Syafiq sebagai KPPA ditamatkan berkuat kuasa hari ini
“Amaran hujan berterusan (waspada) turut dikeluarkan di kawasan lain iaitu Pahang (Kuantan dan Bera), dan Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi),” katanya.
Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 9 pagi ini.
Katanya, ia melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Bentong, Temerloh dan Maran).
Loading...
“Amaran ribut petir turut dikeluarkan di seluruh Melaka manakala Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
Kredit -
Post a Comment