Tangkapan mat rempit di Kelantan meningkat 114 peratus

Tangkapan mat rempit di Kelantan meningkat 114 peratus

KOTA BHARU – Jumlah tangkapan mat rempit yang melakukan kesalahan jalan raya di Kelantan bermula Januari hingga Oktober lalu meningkat 114 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Tangkapan mat rempit di Kelantan meningkat 114 peratus



Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menahan seramai 122 penunggang motosikal dalam tempoh 10 bulan tahun ini manakala hanya 57 individu untuk tahun 2021.

ARTIKEL MENARIK:Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang


Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 61 suspek berusia 17 tahun ke bawah, 57 orang berusia 18 hingga 39 tahun dan empat individu berusia 40 tahun ke atas.


Muhamad Zaki (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis pada Majlis Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

“Kesemua suspek yang dikategorikan sebagai mat rempit itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam pelbagai operasi yang dijalankan di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.



Loading...


Mengulas lanjut Muhamad Zaki berkata, kes melibatkan mat rempit dilihat agak membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan, namun operasi pihak polis sentiasa dijalankan.

Katanya, sehubungan itu, polis sudah memberi khidmat nasihat kepada golongan remaja dengan mengadakan program berkaitan di sekolah, disamping semua ketua polis daerah, pengarah dan pegawai pendidikan daerah telah diarahkan memantau perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, sebanyak 126,529 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti topi keledar, lampu isyarat, ekzos, nombor pendaftaran dan alat komunikasi bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post