Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang

Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang

KLUANG – Selepas kejadian serangan ke atas ternakan di Felda Bukit Tongkat melibatkan kematian dua ekor anak lembu dilaporkan berlaku pada hari Sabtu lalu, binatang buas dipercayai harimau membaham seekor haiwan di sebuah ladang di Felda Ulu Denga, di sini Ahad lalu.

Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang



Peneroka Felda Ulu Dengar, yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 55, berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 6 petang apabila bangkai anak lembu ditemui di ladang berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:'PH lebih gentleman berbanding PN masih dengan perangai lama cuba dealing senyap² curi 10 MP BN' - Asyraf Wajdi


Katanya, melihat keadaan itu dan mendengar kejadian sama di Felda Bukit Tongkat menyebabkan timbul kerisauan apatah lagi bangkai anak lembu itu tidak dimakan dan hanya ditinggalkan selepas dibunuh.

“Selepas kejadian, kami tidak lagi membiarkan lembu berkeliaran di dalam ladang berhampiran pinggir hutan namun memilih kawasan anak selamat untuk ternakan ini meragut rumput.

“Namun apa yang dibimbangkan adalah keselamatan pekerja dan peneroka yang melakukan kerja di dalam ladang berkenaan kerana bimbang Harimau datang lagi,” katanya ketika dihubungi di sini.



Loading...


Menurutnya lagi, sebagai langkah keselamatan, semua pekerjaan samada merumput atau memotong dahan dan buah sawit dihentikan seketika di ladang terbabit.

Ujarnya, satu laporan kepada pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dilakukan agar tindakan segera dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti kejadian sebenar. – KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post