“Tak goyang dengan kata-kata orang lagi”-Azri Iskandar Akhirnya Umum Bila Akan Nikah Dengan Dr Azra

“Tak goyang dengan kata-kata orang lagi”-Azri Iskandar Akhirnya Umum Bila Akan Nikah Dengan Dr Azra

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

“Tak goyang dengan kata-kata orang lagi”-Azri Iskandar Akhirnya Umum Bila Akan Nikah Dengan Dr Azra



Pada Ogos lalu, Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah pun bertunang pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon itu masih misteri apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.

ARTIKEL MENARIK:Pernah Masuk Gereja & Baca ‘Bible’, Kevin Zahari Akhirnya Dedah Status Agama Sekarang Buat Ramai Mendoakan


Memetik Astro Gempak, Azri berkata cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini dan sedang mengumpul duit kahwin.

“Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.

“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.

“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan. Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu kekasihnya itu masih fobia dengan kecaman yang diterima sehingga ibunya pengsan dan dikejarkan ke hospital.



Loading...


“Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” katanya.

Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.

SUMBER ASTRO GEMPAK


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post