Pernah Masuk Gereja & Baca ‘Bible’, Kevin Zahari Akhirnya Dedah Status Agama Sekarang Buat Ramai Mendoakan

Pernah Masuk Gereja & Baca ‘Bible’, Kevin Zahari Akhirnya Dedah Status Agama Sekarang Buat Ramai Mendoakan

Sering kali diajukan soalan mengenai status agama daripada netizen, jurulatih kecergasan, Kevin Zahri akhirnya berkongsi mengenai latar belakang keluarganya.

Pernah Masuk Gereja & Baca ‘Bible’, Kevin Zahari Akhirnya Dedah Status Agama Sekarang Buat Ramai Mendoakan



Kristian atau Islam? 

 Menurut Kevin, bapanya seorang yang beragama Islam, namun dia dibesarkan sebagai penganut agama Kristian. Ini kerana, ibunya berasal dari Jerman. Tambah Kevin, semuanya berubah apabila ayahnya berhijrah ke Malaysia pada tahun 1991. Sejak daripada itu, ayahnya mendalami ilmu agama dan mengajar kesemua anak-anak mengenai Islam.

ARTIKEL MENARIK:”Saya Tak Pasti Jika Sebelum Ini Ada Shuib Mer4juk”, – Rahim Sepahtu Dedah Berkenaan Dengan Apa Yang Berlaku


Saya terima banyak soalan mengenai agama saya sejak beberapa tahun lalu dan tak apa, sebab orang nak tahu kan. Saya membesar sebagai penganut agama Kristian. Nama saya buka Kevin Zahri Bin Abdul Ghaffar seperti sekarang. Dulu nama saya Kevin Nicholai Christopher Zahri.

Saya pernah pergi ke gereja, saya berdoa seperti Kristian malah saya pernah sertai kumpulan koir Krismas dan baca buku seperti ‘Bible’ waktu kecil. Sampailah suatu masa bila bapa berpindah ke Malaysia, beliau dapat hidayah dan tanggungjawab untuk memimpin anak-anak berkaitan Islam.

Berkongsi cerita lebih lanjut, Kevin mengakui susah untuk dirinya menerima agama Islam pada hari pertama mendapat bimbingan daripada seorang ustaz. Ibu bapa Kevin difahamkan telah berpisah ketika dia masih berumur 12 tahun ketika itu.

Ketika itu, ibu bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan pelbagai ustaz. Tapi saya tak menerimanya pada hari pertama. Jadi ia mengambil masa untuk mempersoalkan agama A dan B. Nanti saya akan cerita perjalanan saya sebagai seorang mualaf.

“Adakah Saya Berasa Malu?”- Luahan Kevin Zahri Khatam Al-Quran Pada Umur 37 Tahun

Terdahulu  perunding kesihatan terkenal Kevin Zahri 37, memuat naik sebuah video di laman Facebooknya dan berkongsikan kepada masyarakat umum bahawa dia baru sahaja khatam Al-Quran buat pertama kali.

Namun, pencapaian yang dia peroleh itu bukanlah sesuatu perkara yang memalukan dan patut dibanggakan, kenapa? ikuti luahan Kevin Zahri yang memberikan inspirasi kepada kita semua.

Adakah saya berasa malu? Tidak. Bangga? Tak jugak

Berikut adalah rakaman pendek dari sessi mengaji pada 18 Nov 2015 untuk melengkapkan khatam Quran buat kali pertama.



Loading...


Kenapa sekarang baru dapat khatam?

Saya dibesarkan di Jerman di mana memang kurang pendekatan kepada soal belajar baca Al-Quran. Pada usia 13 (tahun 1991) kami sekeluarga pindah ke Malaysia dan barulah mula belajar Bahasa Malaysia dan bermula dengan muqaddam tapi dengan pindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama (di KL, Perak dan Kelantan), usaha untuk Khatam sering terhenti sekerat jalan (bukan tiada usaha). Tanya lah kepada Ustazah Ainon di MRSM PC, yang sering sebut “Kevin, sila baca ayat etc etc etc”.

Selepas SPM, saya terus ke US untuk lanjutkan pelajaran (Mechanical Engineering) dari 1997-2002. Ye lah di situ sebagai orang muda, mungkin kurang usaha untuk fokus kepada matlamat Khatam.

Kembali ke Malaysia pada 2002, ada juga usaha untuk menggaji semula dengan sessi-sessi Ustaz datang ke rumah tapi tidak consistent.

Jadi setelah dirikan rumah-tangga pada 2010 dan of coz kurnia cahayamata, semangat dan fokus untuk lengkapkan journey untuk Khatam buat kali pertama kembali. Kami ditemukan dengan Ustazah Shiela Ezan pada 2011 rasanya dan went “back to basics” dengan bermula dengan muqaddam semula.

Alhamdulillah setelah 4 tahun, semalam saya berjaya untuk khatam Quran buat kali pertama (pada usia 37tahun). Adakah saya berasa malu? Tidak. Bangga? Tak jugak. But saya rasa bersyukur.

Next week? Sessi mengaji akan diteruskan seperti biasa – mungkin dengan tafsir atau baca dari awal semula.

So I am glad to say my #Azam2015 was realised.

Kami setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kevin ini, faktor umur bukan satu halangan untuk kita menimba ilmu, lebih-lebih lagi dalam sesuatu perkara yang baik seperti ini.

Harap segala perkongsian Kevin Zahri ini dapat dijadikan teladan untuk kita semua. Apapun, tahiah Kevin Zahri!

Sumber: Kevin Zahari


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post