Hati tenteram lihat jenazah Nurul Nazihah sempurna duduk di kerusi kereta

Hati tenteram lihat jenazah Nurul Nazihah sempurna duduk di kerusi kereta

KOTA TINGGI – “Hati saya tenteram bila dapat tahu jenazah anak dalam keadaan sempurna, ” luah bapa Allahyarham Nurul Nazihah, 28 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.

Hati tenteram lihat jenazah Nurul Nazihah sempurna duduk di kerusi kereta



Kamalul Arifin Ahmad 66 berkata dia menerima maklumat tentang kemalangan itu kira-kira pukul 8 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.

ARTIKEL MENARIK:Perkahwinan Direstui Tapl Penuh Penlpuan”-Setahun Koma, Adik Mula B0ngkar Kisah Kahwin Jahidah


“Saya ada tengok juga video viral berkenaan kemalangan itu. Sebelum tengok itu perasaan luluh tak dapat digambarkan bagaimana keadaan orang yang terbakar dalam kebakaran.

“Namun kakak arwah yang berada di hospital memberitahu badan, jasad arwah tidak terkupas akibat api yang membakar.

“Mayatnya sempurna duduk di kerusi kereta, itu maklumat diperolehi dari pihak polis. Mungkin itu semua kerana amalannya ketika hidup,” katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Lukut, Kota Tinggi hari ini.


Loading...


Bapa kepada lima orang anak itu berkata dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama arwah minggu lepas.

Katanya arwah anak keempat dalam keluarga merupakan seorang yang amat tegas dalam bab agama.

“Saya memang sudah lama hendak pergi menunaikan umrah ketika usia 50 tahun namun ketika itu ada komitmen terhadap anak-anak. Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arwah tiga empat bulan yang lepas.

“Arwah juga tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arwah juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arwah, suami arwah dan isteri.

“Arwah juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arwah dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.

Berita berkaitan:

Sementara itu, sepupu mangsa, Nur Izzah Atikah Jamaludin, 28 berkata suami mangsa masih berada dalam keadaan trauma dengan insiden yang berlaku sehingga mengigau menyebut nama isterinya malam tadi.

“Kami sepupu rapat sejak kecil lagi jadi mangsa memang ceritakan semuanya kepada saya apa berlaku. Menurut suaminya ketika kejadian arwah tidak dapat selamatkan diri kerana tersepit.

“Namun suaminya tetap berusaha untuk menyelamatkan arwah. Ekoran keadaan api yang semakin marak arwah meminta suaminya keluar menyelamatkan diri.

“Suaminya diselamatkan orang ramai dengan keluar melalui pintu belakang kereta dan turut alami melecur di muka. Mereka pasangan suami isteri yang sangat kelakar memang ralat bila dapat tahu kejadian yang menimpa arwah,” katanya.

Terdahulu dua maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

Habis.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post