Suara unik bawa tuah, lagu cover pelajar UiTM muncul dalam video Cristiano Ronaldo… siapa admin TikTok Manchester United?

Suara unik bawa tuah, lagu cover pelajar UiTM muncul dalam video Cristiano Ronaldo… siapa admin TikTok Manchester United?

KISAH mengenai Amir Zaki Misri yang popular dengan nyanyian lagu-lagu cover menerusi media sosial pernah mendapat perhatian mStar pada September tahun lalu.

Suara unik bawa tuah, lagu cover pelajar UiTM muncul dalam video Cristiano Ronaldo… siapa admin TikTok Manchester United?



Berbekalkan suara yang unik dan nyanyian penuh bersahaja, bakat penuntut universiti berusia 20 tahun itu turut tersebar meluas sehingga dia meraih peminat di negara Indonesia.

ARTIKEL MENARIK:Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya


Terbaharu, dia sekali lagi tular apabila lagu cover nyanyiannya digunakan sebagai muzik latar dalam video pemain bola popular Cristiano Ronaldo menerusi akaun TikTok rasmi Machester United yang mempunyai hampir 18 juta pengikut di serata dunia.

Lebih menarik, video yang dimuat naik dengan kapsyen ‘Tenang Ronaldo’ itu meraih 3 juta tontonan, sekali gus membuatkan netizen tertanya-tanya siapakan admin di sebalik akaun berkenaan.

“Siapa sebenarnya admin ni?

“Min orang Malaysia ke?” soal beberapa pelayar di ruangan komen akaun TikTok Manchester United.

amir5

Kisah Amir pernah disiarkan menerusi mStar pada tahun lalu.

Menurut Amir, lagu Tentang Siang Malam dan Romantis nyanyian asal Eidi dari kumpulan muzik Teman Lelaki dan Ainina Hasnul itu dinyanyikan semula atas permintaan rakannya.

Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka rendisi nyanyiannya akan menjadi kegil4an ramai sehingga turut digunakan untuk akaun TikTok Manchester United.

“Saya tak perasan mereka guna lagu cover saya sebagai muzik latar video Ronaldo. Ada saudara yang hantar link video tu dekat WhatsApp. Saya agak terkejut. Saya pun bukanlah peminat Manchester United, saya suka Chelsea.

“Sejujurnya rasa terharu sebab mereka sudi pakai sound saya. Apatah lagi ia kelab bola yang besar. Rasa macam tak percaya. Lagu tu pun dah lama saya buat cover. Asalnya saya pun tak tahu kewujudan lagu tu.

“Tapi kawan yang request. Bila saya cari, saya dapati lagu itu sangat menarik. Saya pun memang peminat lagu-lagu indie. Cover secara suka-suka macam biasa, tak sangka pula ia blow up.

“Berdasarkan semakan, dah 60,000 gunakan lagu cover nyanyian saya sebagai audio latar untuk video mereka,” ujar Amir ketika dihubungi mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selain bersyukur, Amir juga gembira apabila bakat suaranya semakin mendapat perhatian ramai, malah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak menolak seandainya ada rezeki dalam bidang seni.

“Saya terharu sebab dapat kongsi bakat dan karya saya dengan ramai orang. Saya juga tak menolak rezeki seandainya dapat bergelar penyanyi.



Loading...


“Kalau ada tawaran, InsyaAllah saya terima. Saya juga ada matlamat kalau dapat masuk industri seni iaitu nak tunjuk karya saya. Selain cover lagu orang, saya juga tulis lagu sendiri.

amir4

Penuntut UiTM ini tak menolak rezeki andai ditawaran peluang dalam bidang seni.

“Setakat ini ada dalam 12 lagu yang saya cipta sendiri. Saya tak pernah terfikir lagi nak bagi lagu saya untuk orang lain nyanyi. Saya selesa tulis dan nyanyi sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Amir turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan buat dirinya sejak awal dia menghasilkan lagu-lagu cover.

Selain pengikut yang mencecah setengah juta di TikTok, Amir juga terharu apabila akaun YouTube miliknya turut mencecah lebih 128,000 subscribers pada waktu ini.

amir2

Amir aktif kongsi video nyanyian di TikTok, Instagram dan YouTube.

“Terima kasih kerana menjumpai karya saya sebab bagi saya, karya saya berbeza dengan orang lain. Jadi saya berterima kasih kepada mereka yang hadir dan sokong dari belakang,” ujar penuntut bidang perbankan itu.

Untuk rekod, Amir mula berkongsi video nyanyian menerusi Instagram ketika berusia 14 tahun.

Sejak dua tahun lalu, dia mula aktif di TikTok dan YouTube sehingga meraih pengikut tersendiri dalam tempoh singkat.

Amir yang berkebolehan bermain keyboard dan ukulele menjadkan penyanyi seperti Fynn Jamal sebagai rujukannya dalam berkarya.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar.com.my


Kredit -Slamber Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post