Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

MANIS penampilan ahli politik wanita, Nurul Izzah Datuk Seri Anwar sederhana ketika majlis akad nikah menjadi perhatian warga maya.

Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya



Perkahwinan keduanya bersama penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong baru-baru ini menjadi bualan ramai lantaran perihal empunya diri yang ringkas tetapi bergaya.

ARTIKEL MENARIK:Anak Tan Sri Berlumba Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan


Lazimnya, bagi akad nikah, raja sehari akan memilih busana sedondon yang dilengkapi layah, tiara dan solekan lain daripada kebiasaan untuk menaikkan seri.

Namun Nurul Izzah berjaya membuktikan penampilan sederhana dengan solekan tipis sudah mampu menaikkan seri pengantin baru.

-“Kerana yang menunjukkan bahagia itu di riak muka, bukan busananya.”

-“Yang penting kahwin. Tudung bawal atau make up fancy atau tidak, just want to be married to the love of my life and live happily.”

-“Saya menghargai perkahwinan yang sederhana tanpa berbelanja mewah.”

-“Less is more.”


-“Yang penting tidak pakai inai.”

-“No make-up pula tu, kadang-kadang sesetengah orang nak nampak lain pada hari perkahwinan. Salute!”

“Humble dan simple.”



Loading...


– “Trend macam ini yang patut dicontohi. Kahwin tidak perlu pening kepala.”

Nurul Izzah berkongsi berita perkahwinannya menerusi laman sosial 5 Ogos lalu. Pernikahan tersebut diwalikan sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

Majlis berlangsung sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat.


Ia merupakan perkahwinan kedua Nurul Izzah yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahir pada Mei 2003 dan berp1sah pada tahun 2015.

Nurul Izzah memiliki dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: Twitter yaniee @lady_bugg11

Kredit foto: Instagram n_izzah

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/


Kredit -Komedi Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post