PELAWAK Rahim Sepahtu menjelaskan dirinya bukan sengaja menyampaikan lawak dengan cara menjerit-jerit.
Sebaliknya, Rahim, 52, berkata tindakannya itu adalah demi memenuhi tvntutan watak semata-mata.
ARTIKEL MENARIK:Pu Azman akhirnya didαkwa, kes yg dia terlibat buat ramai terkejut
Kata Rahim atau Rahim Mat Ali, jika penonton kurang senang dengan caranya itu, ia secara tidak langsung membawa maksud watak dilakonkan menjadi dan meninggalkan kesan kepada penonton.
“Kenapa saya selalu terjerit-jerit, sebab itu adalah tuntutan watak.
“Kalau saya jadi jah4t dan watak saya biasa tak nampak watak jah4t saya.
“Orang jadi meny4mpah dengan saya jadi watak jah4t maknanya watak saya menjadi,” katanya kepada mStar.
Rahim akan bersama Jep, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live Tour yang bakal berada di tiga lokasi berbeza iaitu Johor, Terengganu dan Kedah bermula pada 14 Oktober 2022.
Tak sertai jelajah Sepahtu, Shuib bukan mer4juk – Rahim
Terdahulu akhbar ini melaporkan, pelawak dan penyampai radio Rahim menjelaskan tidak timbul lsu bermasam muka biarpun Shuib kini tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion.
“Saya tak pasti jika sebelum ini ada Shuib mer4juk, mungkin dia terasa hati dengan industri tetapi bukan dengan kami”.
Itu penjelasan anggota Sepahtu, Rahim Mat Ali mengenai ketiadaan anggota Sepahtu, Shuib dalam acara Sepahtu Reunion Live Tour yang bermula pada 11 Oktober hingga 18 November depan.
Rahim yang juga penyampai radio memaklumkan sehingga kini mereka masih berhubung seperti biasa, malah sesekali punya waktu terluang akan berjumpa di lapangan golf.
Katanya, mungkin perkara tersebut diperkatakan selepas Shuib tidak menyertai siri jelajah ke Johor, Terengganu dan Kedah yang dijadualkan bermula pertengahan bulan ini.
“Kami sudah mempelawa Shuib, namun tetap menghormati keputusannya mahu memberi tumpuan terhadap keluarga dan perniagaan.
“Saya pun tak pasti kalau sebelum ini Shuib ada merajuk. Mungkin dia terasa hati dengan industri. Antara kami tiada apa lsu dan baik-baik sahaja.
“Sebelum ini pun dia pernah muncul dalam Sepahtu Reunion, cuma untuk jelajah yang pertama kali diadakan nanti kami tak boleh dedahkan perincian, siapa tahu ada kejutan.
“Apa pun kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Shuib atau sesiapa pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sidang media Sepahtu Reunion Live Tour, baru-baru ini.
Selain Rahim, jelajah yang diadakan julung kali itu turut disertai Jep, Pak Ya dan Ebby Yus, selain barisan artis jemputan iaitu Erra Fazira, Uqasha Senrose, Siti Elizad dan Afifah Nasir.
Menerusi Sepahtu Reunion Live Tour, setiap yang terlibat akan tampil sebanyak dua kali di setiap lokasi sekali gus memberikan cabaran tersendiri untuk mengekalkan momentum.
“Sudah pasti ada cabaran tersendiri yang membuatkan kita lagi bersemangat untuk menghasilkan bahan terbaik supaya menjadi kenangan kepada penonton.
“Dari segi persiapan boleh dikatakan semuanya berjalan lancar. Mengenai perincian kandungan pula, segala-galanya masih dalam perbincangan.
“Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kami memulakan siri jelajah ini, perasaan kami sudah tentu teruja mahu bertemu penyokong setia Sepahtu,” kata pelawak berusia 52 tahun itu.
Sepahtu yang sudah sedekad mengekalkan momentum dalam arena hiburan bakal memulakan jelajah di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober disusuli Gong Badak Terengganu (28 Oktober dan 4 November), sebelum ke Kedah pada 11 dan 18 November.
Tiket-tiket Sepahtu Reunion berharga antara RM20 hingga RM50 kini boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my. –
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://newstoday80.com/
Kredit -Slamber Media
Post a Comment