Anak Tan Sri Berlumba Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

Anak Tan Sri Berlumba Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

Satu ciapan di Twitter menceritakan mengenai kemalangan yang berpunca oleh perlumbaan haram kereta telah berlaku di Lebuh Raya Persekutuan semalam.

Anak Tan Sri Berlumba Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan



Menurut satu ciapan di Twitter itu, seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa salah seorang ahli keluarga bersama rakannya telah terlibat dalam kemalangan itu hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka mengalami pendarahan dalam otak.

ARTIKEL MENARIK:6 sungai di lima negeri lepasi tahap amaran


Langgar dari bahagian tepi


Menerusi siaran media oleh pihak polis yang telah dikongsikan, kereta milik mangsa telah dilanggar dari bahagian belakang sebelah kiri sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Kemudian, kereta milik mangsa itu dilanggar oleh kenderaan dari arah belakang yang tidak sempat mengelak.

Mohon pihak ramai untuk membantu


Pihak mangsa juga meminta bantuan orang ramai untuk mencari kenderaan yang telah melanggar kereta milik mangsa tersebut untuk membantu kes langgar lari ini.



Loading...


Latar belakang pemandu


Selain itu, muncul juga satu perkongsian di Twitter yang menceritakan khabar angin mengenai latar belakang pemandu yang melanggar tersebut. Semoga urusan mangsa dipermudahkan mengenai kes ini.

Kredit: Twitter


Kredit -Oh! Media.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post