Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15 - Zahid Hamidi

Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15 - Zahid Hamidi

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15 - Zahid Hamidi



Ahli MKT UMNO, Razlan Rafii berkata, keputusan itu telah dibuat pada perhimpungan agung tahun lalu tanpa ada sebarang perjanjian antara Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Ismail Sabri.

ARTIKEL MENARIK:6 sungai di lima negeri lepasi tahap amaran


"...tak ada perjanjian, sebab yang saya tahu dan yang kita dah putuskan, perdana menteri akan terus jadi perdana menteri seperti yang kita umumkan pada tahun lepas. 


"...Ismail akan terus menjadi poster boy dan Zahid akan menjaga parti," katanya. 


Sementara itu, Presiden UMNO Zahid Hamidi menegaskan keputusan menjadikan Ismail sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15 adalah kekal.


Kenyataannya itu sekali gus menepis dakwaan kononnya beliau akan menjadi perdana menteri selepas BN menang PRU15. 



Loading...


"Kia berpegang kepada prinsip UMNO telah mencalonkan Ismail sebagai calon perdana menteri, itu tidak boleh dipertikaikan lagi," katanya. 


Bagaimanapun Zahid berkata, kuasa melantik perdana menteri tetap adalah merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.


Sumber: MalaysiaKini


Kredit -The Reporter




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post