6 sungai di lima negeri lepasi tahap amaran

6 sungai di lima negeri lepasi tahap amaran

PETALING JAYA – Penduduk di Semenanjung terutama kawasan rendah dinasihatkan terus berwaspada berikutan paras sungai di lima negeri dilaporkan melepasi tahap amaran malam ini.

6 sungai di lima negeri lepasi tahap amaran



Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11.35 malam, negeri yang terlibat adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

ARTIKEL MENARIK:63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Saudi sejak Jun


Kedah melibatkan Sungai Anak Bukit di Jambatar TAR, Kota Setar merekodkan bacaan 1.57 meter (m) selain Sg. Buloh di Paya Jaras, Petaling Selangor dengan bacaan 24.38m melebihi tahap amaran.

Negeri Sembilan pula membabitkan Sg. Linggi di Kg. Linsum, Seremban dan Sg. Jimah di Kg. Jimah, Port Dickson yang mana masing-masing mencatatkan bacaan 9 meter dan 8.61 meter melepasi paras amaran.

Turut melebihi tahap amaran iaitu Sg. Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dengan bacaan 1.79m serta Parit Keliling di Kg. Pasir, Johor Bahru dengan bacaan 0.61m.



Loading...


Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri sehingga pukul 3 pagi nanti.

“Antaranya adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post