“Ada duit semuanya boleh buat,” kata pelakon dan usahawan, Zara Zya mengenai perubahan pada wajah seseorang selebriti.
Ia susulan hantaran video dan gambar dimuat naik pengguna laman sosial yang membandingkan wajah dulu dan kini beberapa selebriti tanah air, termasuk Zara. Zara, 37, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, tidak menjadi masalah jika ada mana-mana selebriti yang mendapatkan rawatan wajah demi menjaga penampilan mereka.
ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Elly Mazlein tampil buka mulut selepas teruk dikritik warganet, Kak Lina Pom Pom akui bukan mudah puaskan hati semua orang
“Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada ‘filter’, sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan ‘filter’ pun kena menggunakan telefon bimbit mahal. “Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Zara yang popular menerusi drama Risik Pada Hati ditemui pada Majlis Pengumuman Kerjasama antara Zara Zya dan Syarikat Gold Sand Empire Sdn Bhd dalam menghasilkan produk kesihatan wanita, Pasima, di sini, hari ini. Menurut Zara, dia juga tidak ada masalah jika ada mana-mana pihak membandingkan wajahnya yang dulu dan sekarang. “Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.
“Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin,” katanya. Mengenai kerjasama yang terjalin, Zara berkata, dia mengambil masa lama untuk memberikan persetujuan kerana mahu melihat dan mencuba sendiri kandungan produk itu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Kredit -
Post a Comment