Pelik kenapa dah tiada dalam program Sepahtu, sekali Shuib minta tanya ketua saluran Astro Ria

Pelik kenapa dah tiada dalam program Sepahtu, sekali Shuib minta tanya ketua saluran Astro Ria

“Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion.”

Pelik kenapa dah tiada dalam program Sepahtu, sekali Shuib minta tanya ketua saluran Astro Ria



Demikian ringkas kata pelawak dan penyampai radio Shuib susulan kenyataan pelawak, Rahim yang mana pihaknya terbuka sekiranya Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama pada masa akan datang.

ARTIKEL MENARIK:Hidung masih asli, Zara Zya dedah setakat ni tak pernah lagi buat berlebihan pada muka


Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia enggan mengulas lanjut berkenaan isu itu. “Rasanya untuk isu ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion. Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak,” katanya.


Ini Respon ASTRO Tentang Shuib

Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya sudah pernah memujuk dan menawarkan untuk Shuib kembali bersama dalam program itu. “Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu. Walau bagaimanapun, kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah.

“Ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu. Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu. Komitmen sebagai cameo hanya memerlukan Shuib datang pada hari siaran langsung sahaja dan tiada sesi latihan diperlukan,” katanya. Menurut Norzeha, Shuib juga ada terbabit dalam beberapa program terbitan Astro yang lain.

“Shuib turut muncul sebagai juri bersama Jep, Pak Ya dan Rahim dalam Mencari Sepahtu Yang Hilang pada awal tahun ini. Malah, pembabitan Shuib dalam program-program Astro akan datang lebih kepada penjurian dan pengacaraan kerana tidak memerlukan komitmen jangka masa panjang,” katanya. Terdahulu akhbar ini melaporkan, pelawak dan penyampai radio Rahim menjelaskan tidak timbul isu bermasam muka biarpun Shuib kini tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion. Sumber, Awattsyeikh.com

Banyak Dikaitkan Dengan Artis Wanita, Sekali Ini Tindakan Shuib Buat Ramai Yang Tak Sangka

Sering dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk selebriti seperti Zara Zya dan Wan Sharmila dan terbaru, usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah, Shuib berkongsi video melawat pusara Siti Sarah Raisuddin. Bersempena ulang tahun kelahiran ke-38 Shuib, bapa kepada empat cahaya mata itu meluangkan masa menziarahi psra isteri, penyanyi berkenaan yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos tahun lalu. Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad memuat naik gambar batu nisan dan pusara Siti Sarah yang terletak di Tanah Perkbrn Sungai Pusu, Gombak. Penerangan ringkas yang dibuat Shuib itu mungkin bagi menjawab persoalan warganet yang kini mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan seseorang. Menerusi pemerhatian yang dibuat di laman Instagram wanita tersebut, dia juga dilihat telah menutup ruangan komen di kedua-dua hantarannya berkaitan konsert-konsert yang pernah dihadirinya itu. Sumber, Media Hiburan

Tak Mahu Masuk Sepahtu Reunion Lagi, Terkedu Bila Shuib Tampil Bongkarkan Punca Sebenar

Selepas lebih setahun tidak terlibat dalam mana-mana program televisyen dan aktiviti pentas, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib memberitahu dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif mewarnai industri hiburan tanah air. Keputusan Shuib itu cukup mengujakan peminat dan rata-ratanya mahu dia kembali menyertai program Sepahtu Reunion yang pernah dijayakan sebelum ini bersama Jep, Rahim dan Pak Ya. Menyedari hasrat peminat itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, bagaimanapun menjelaskan dia tidak mungkin kembali menyertai program berkenaan di atas sebab-sebab tertentu. “Ada sebab mengapa saya tidak mahu lagi terlibat dalam program tersebut. Pihak pengurusan tertinggi produksi tahu jawapannya dan saya anggap mereka bertanggungjawab kenapa saya tidak ada lagi dalam program tersebut.



Loading...


“Mereka ada berbincang untuk saya kembali. Namun rasanya tidaklah buat masa ini. Saya pun tak mahu nak panjangkan cerita dan komen lanjut tentang apa yang telah terjadi,” katanya kepada mStar. Bukan sahaja tidak terlibat dalam program Sepahtu Reunion, Shuib juga menolak kemungkinan akan kembali bergabung di bawah kumpulan tersebut untuk mana-mana program pentas. Dalam masa sama, Shuib juga menafikan wujud sebarang perselisihan faham antara dirinya dengan ahli kumpulan lain termasuklah Mamat. “Saya dengan Mamat pun sudah lama tidak berhubung. Walau tinggal berdekatan, kami tidak pernah berjumpa. Takut nak katakan tidak mahu kembali bersama kerana saya tak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. “Bagaimanapun buat masa sekarang saya boleh katakan tidak akan bergabung kembali. “Orang mungkin kata hubungan kami tidak baik… sebenarnya tidak ada sebarang masalah pun.

Cuma masing-masing sibuk dengan kerja sendiri,” ujarnya. Shuib yang baru memulakan kembali kerjaya sebagai penyampai radio di stesen Suria FM mengakui dia kini lebih selesa membawa haluan sendiri. “Saya lebih selesa jalan sendiri dan buat perkara untuk kegembiraan sendiri. Contohnya menyertai Suria FM juga adalah perkara yang buat saya gembira.”Kesedihan lalu pun belum dapat saya ubat sepenuhnya. Masih lagi teringat apabila pulang ke rumah. Jadi saya harap apa yang saya buat di masa akan datang ini menggembirakan diri sendiri,” jelasnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar via mediakita

Tular Shuib Dikatakan Ada Hubungan Dengan Watie, Sekali Shuib Tampil Dedah Satu Rakaman Yang Buat Ramai Terdiam

Nama penyampai radio Shuib menjadi bualan ramai selepas timbul dkwaan sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Watie Hanifiah yang juga merupakan usahawan.

Hari ulang tahun kelahiran


Terbaharu, Shuib memuat naik hantaran di Instagram Stories menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah di Tempat Persemadian Islam Sungai Pusu, Gombak. Tanggal 12 September yang jatuh pada hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran Shuib yang ke 38. “Hari ini 12 September. Hanya ada ini.. Selamat hari lahir Shahmira Bin Muhamad,” tulis Shuib sebagai kapsyen.


Di samping itu, pelawak terkenal ini turut berkongsi video yang memaparkan batu n.san yang tertulis nama Siti Sarah Binti Raissuddin dengan muzik latar lagu Opick yang berjudul Cahaya Hati. Pada petang Ahad, tular video di TikTok yang dimuat naik oleh @farahana2506 mengenai pemakaian Shuib dan Watie yang sedondon ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa.19 pada Jumaat lepas.

Selepas kecoh, Watie dilihat telah menutup ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert terbabit. Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin pergi buat selamanya pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virvs Cvdl9. Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan. Sumber, Awattsyeikh.com

Ada Pihak Yang Sering Menjodohkan Dengan Rakan Artis, Sekali Shuib Tampil Luahkan Sesuatu

Siapa tak kenal dengan lelaki ini. Pelawak dan penyampai radio, Shuib mengambil pendekatan untuk bersederhana dalam perkongsian mengenai peribadi di media sosial kerana tidak mahu peminat jelak dengan perkembangannya. Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, keterujaan memuat naik perkongsian terjadi apabila peminat sering ‘menjodohkan’ dirinya dengan rakan artis sebelum ini. “Ada juga rasa risau apabila ada yang jelak dengan perkongsian saya. Bukan apa, tak naklah sering bercerita mengenai kisah peribadi saja. Jadi, saya perlu belajar untuk bersederhana dalam berkongsi

Kata Shuib lagi “Apabila ada pihak yang sering ‘menjodohkan’ saya bersama rakan-rakan artis, rasa ingin bergurau semula dengan mereka. Tapi apabila difikirkan, kurang elok pula berkongsi perihal peribadi begini. “Dulu saya sering berkongsi mengenai bidang keusahawanan dan sebagainya, tiba masanya untuk saya kembali aktif seperti dulu. Tidak mahu perkongsian sama saja setiap masa,” katanya. Terdahulu, gambar yang dikongsi ibu Shuib iaitu Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan warganet sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwh Siti Sarah sebagai isteri Shuib. 


Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat. Selain Wan Sharmila, nama Zara Zya turut dipetik sebagai salah seorang suri hati Shuib. Namun, sebenarnya Zara bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada rakan kongsi perniagaan minuman yang diusahakan dan membuka cawangan baharu di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini. 

Sejak setahun bergelar duda, Shuib sering digosipkan menjalin hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti Zara dan Wan Sharmila.  Bagaimanapun Shuib menjelaskan kedua-dua pelakon itu hanya sekadar rakan artis saja. Dalam masa sama, Shuib sebelum ini mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang dan individu itu bukan dalam kalangan industri seni. Sumber, harian metro


Kredit -Era Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post