Dr Amalina Bawa Anak Jalan2 Lepas 4 Hari Bersalin, Ada Pula Tanya Tak Berpantang Ke?

Dr Amalina Bawa Anak Jalan2 Lepas 4 Hari Bersalin, Ada Pula Tanya Tak Berpantang Ke?

Sudah menjadi adat tradisi Melayu bagi ibu selepas bersalin untuk berpantang. Bukan sahaja untuk menjaga diri, malah berpantang juga dapat mengembalikan rasa segar setelah bersusah payah berjuang demi melahirkan seorang insan.

Dr Amalina Bawa Anak Jalan2 Lepas 4 Hari Bersalin, Ada Pula Tanya Tak Berpantang Ke?



Selasa lalu, Pakar bedah kelahiran Malaysia Dr Amalina Bakri mengumumkan kelahiran anak sulungnya. Memberikan nama anaknya Arabella Mia, anak perempuannya itu dipuji ramai kerana comel sungguh.

ARTIKEL MENARIK:Abang Viva, keluarga berdamai


Terbaharu Dr Amalina Bakri telah mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik foto anaknya di luar rumah. Manakan tidak, anak kacukan ini comel sungguh!

Di ruangan kapsyen, pakar bedah memberitahu anaknya itu baru berusia 4 hari dan sedang mengambil angin bersama Dr Amalina Bakri bersama suaminya. Berikut adalah perkongsian beberapa foto Dr Amalina bawa anak jalan-jalan yang dimuat naik menerusi Instagram pakar bedah ini sendiri:

Di sebalik pujian ramai yang ditinggalkan menerusi perkongsian tersebut, ada juga warganet yang tertanya-tanya adakah Dr Amalina tidak berpantang? Persoalan itu ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut.

Berikut antara reaksi ramai yang dikongsikan mengenai Dr Amalina bawa anak jalan-jalan di ruangan komen Instagram tersebut:

“Dr Amalina Bakri tunggu emak datang dari Malaysia ke baru nak berpantang??”

Screenshot at Oct 21 15-03-21

“Kagum dengan Dr sebab after 4 days u kuat untuk jalan…”

Screenshot at Oct 21 15-02-08

“Mami tak pantang ke tu…Dah tolak pram only 4 days”


Loading...



Screenshot at Oct 21 15-01-11

“Dr tak berpantang ke?”

Screenshot at Oct 21 15-00-25


Kredit -Himpunan Cerita Lawak




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post