Pelakon popular, Mira Filzah menarik tumpuan ramai dengan ditinggalkan lebih 200,000 tanda suka menerusi muat naik terbaharunya dilaman Instagram (IG) peribadinya yang telah diikuti 7.3 juta pengikut.
Umum diketahui, Mira Filzah selepas sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, rumah tangganya semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertamanya pada 10 Mei lalu.
ARTIKEL MENARIK:Anak lelaki Nora Danish dah besar, netizen terkedu sudah lebih tinggi
Baru-baru ini pula dia telah mendedahkan sepenuhnya wajah putera sulungnya yang diberi nama Wan Khai Amir itu kepada umum. Ternyata ramai yang begitu suka kerana dapat melihat kecomelan anak Mira Filzah sehingga tular di media sosial. Walau bagaimanapun, terbaharu Mira Filzah berkongsikan lagi foto Amir.
Hantaran Mira Filzah kepada umum itu memaparkan foto bahagianya bersama Amir. Mira Filzah yang menggelarkan dirinya sebagai Mama itu juga berkongsikan aktiviti Amir yang pertama kali menyertai kelas renang yang mana turut kelihatan Wan Emir Astar.
Ternyata foto-foto dikongsikan oleh Mira Filzah itu mengundang ramai ‘geram’ dengan kecomelan putera sulungnya sehingga menjadi perbualan di ruangan komen.
Mana tidaknya, comel sungguh sehingga rakan selebriti seperti Uqasha Senrose turut sama meninggalkan komen. Selain itu, ada juga peminat yang meminta agar selebriti jelita ini berkongsikan lebih banyak foto Amir yang dikatakan juga salin tak tumpah seperti wajahnya itu.
“Kenapa la mak dengan anak cute sangat”
“Yihhh gewam Amir…”
“Nak lagi upload la banyak banyak Amir…”
“Eyyy geram dengan senyuman Amir”
Kredit -Himpunan Cerita Lawak.
Post a Comment