PETALING JAYA – “Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.”
Demikian catatan terkini Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Viva yang melegakan seluruh netizen yang mengikuti kisah perselisihan antara dia dan keluarga.
ARTIKEL MENARIK:Isteri Abang Viva yakin k0nflik keluarga suami tak panjang, ada jalan berbaik – “Isu ini tak besar, adik-beradik saja”
Menerusi hantaran di Facebook itu Azwan turut memohon maaf di atas kekecohan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan.
“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan.
“Biarlah apa yang berlaku dan dibincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” katanya.
Dalam masa sama Azwan turut memohon agar kedua orang tuanya diberikan ruang dan sekaligus mengumumkan tarikh majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti.
“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Saya juga harap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.
“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban bukan keluarga saya. Insyaallah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini..
“Maaf juga kepada customer saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam satu atau dua hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya,” katanya.
Terdahulu, media sosial di gegarkan dengan dakwaan Abang Viva tidak mengundang ibu bapa dan keluarga ke majlis pernikahannya.
Perkara itu didedahkan oleh kakak Azwan, Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Fauziyah mendakwa mendakwa adiknya telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.
Azwan membalas kepada kenyataan tersebut menerusi video ‘live’ pada Facebook selepas itu dan memaklumkan dia sebenarnya telah bernikah dengan pilihan hatinya, Enova pada 14 Oktober lalu secara senyap, namun bukan tanpa pengetahuan ibu bapa seperti yang didakwa. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment