Pemenang Anugerah Grammy Ditemui Mati

Pemenang Anugerah Grammy Ditemui Mati

Lagu Gangsta’s Paradise yang terkenal pada 1995 yang di nyanyikan oleh Coolio , 59 telah meninggal dunia . Pemergian anugerah Grammy itu di sahkan oleh pengurusnya, Jerel pesey kepada agensi .

Pemenang Anugerah Grammy Ditemui Mati



Beliau meninggal dunia pada jam 5 petang semalam dalam bilik air di rumah kawan lamanya

ARTIKEL MENARIK:Beliau meninggal dunia pada jam 5 petang semalam dalam bilik air di rumah kawan lamanya


Portal TMZ melaporkan, Coolio atau nama sebenarnya, Artis Leon Ivey Jr ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air ketika mengunjungi rakan lamanya.

Pasey berkongsi, Coolio pergi ke rumah rakannya sebelum masuk bilik air untuk membuang air.

Bagaimanapun, katanya, penyanyi itu tidak muncul selepas agak lama berada dalam tandas. Bimbang keadaan Coolio, rakannya memanggilnya, namun tidak berjawab.

Ketika membuka pintu bilik air, Coolio sudah terbaring atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kata Pasey, Paramedik mengesahkan Coolio meninggal dunia dipercayai serangan jantung.

Siasatan polis tidak menjumpai barang terlarang, bagaimanapun bedah siasat akan dilakukan bagi mencari punca kematian Coolio.



Loading...


Sementara itu, pengurusnya di Trinity Artists International, Sheila Finegan berkata, mereka amat bersedih atas kehilangan sahabat dan pelanggannya.

Beliau berjaya menyentuh hati seluruh dunia dengan bakat besar dimiliki. Sudah tentu, kehilangannya akan dirindui.

Beliau Berkata, Terima kasih peminat Coolio di seluruh dunia yang mendengarkan muzik dan bersedih atas pemergiannya. Tolong ingat Coolio dalam doa anda.

Coolio dilahirkan pada 1963 di Pennsylvania mula dikenali pada 1990-an.

Lagu Gangsta’s Paradise menjadi popular selepas menjadi lagu runut bunyi untuk filem Dangerous Mind lakonan Michelle Pfeiffer.

Pemenang Anugerah Grammy Ditemui Mati

Lagu berkenaan ‘meletup’ sekelip mata sehingga berjaya menduduki tangga pertama Carta Billboard Hot 100 selama tiga minggu dan muncul single nombor satu di Amerika Syarikat pada 1995.

Pada 1996, lagu Gangsta’s Paradise dicalonkan sebagai Album Terbaik dan Vokal Rap Terbaik menerusi Anugerah Grammy yang menyaksikan Coolio dinobatkan sebagai pemenang.

Lagu Gangsta’s Paradise turut mencipta sejarah apabila mencatat satu bilion tontonan dalam YouTube.

Selain itu, dua lagu lain, Fantastic Vogaye dan It Takes A Thief turut menduduki tangga kelapan dalam Carta Billboard Hot 200. – AGENSI

Sumber : Berita Harian


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post