Lagi masjid di Perancis ditutup

Lagi masjid di Perancis ditutup

PARIS, 2 Rabiulawal 1444H, Khamis – Perancis mengumumkan menutup sebuah lagi masjid selepas menuduh imamnya sebagai radikal, menurut Agensi Anadolu pada Rabu.

Lagi masjid di Perancis ditutup



Media tempatan, French BFM TV melaporkan, Kementerian Dalam Negeri telah memulakan proses menutup Masjid Obernai di kawasan Bas-Rhin.

ARTIKEL MENARIK:Dakwa Dirinya Anak Raja Charles III & Camilla, Lelaki Tuntut Ujian DNA


Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata di Twitter bahawa 23 ‘tempat ibadat pemisah’ telah ditutup dalam tempoh dua tahun lalu.

Beliau menambah bahawa penutupan itu dibuat selepas permintaan presiden untuk memerangi ‘separatisme Islam’.

Kementerian menuduh imam Masjid Obernai menjalankan aktiviti dakwah radikal, mengambil sikap bermusuhan terhadap masyarakat Perancis dan membuat komen provokatif kepada nilai-nilai republik itu.



Loading...


Pentadbiran Paris telah dikritik oleh masyarakat antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan hak asasi manusia, terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menyasar serta meminggirkan umat Islam.

Tahun lalu, Perancis mengumumkan rancangannya menutup tujuh masjid dan persatuan di seluruh negara menjelang akhir 2021, atas alasan ‘radikalisme’.

Darmanin mendakwa bahawa langkah itu dibuat selepas mendapati khutbah yang disebarkan di masjid kononnya memupuk kebencian terhadap Perancis.-  Agensi


Kredit -ismaweb.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post