Kuala Lumpur – Pelakon Anna Jobling kesal terhadap segelintir netizen yang terg.amak mempers.enda dan meninggalkan komen buruk terhadap paras rupa ibunya sehingga ada yang menyamakan seperti orang gaji.
Anna berkata, ibunya tidak pernah mengg.anggu sesiapa dan berharap semua pihak dapat menghormati hati dan perasaan keluarganya.
ARTIKEL MENARIK:Susulan Isv Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mvlut’ Bek4s Suami Cuma Beri…
Sekadar info, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018 dan 2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat. Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Oh My Hantaran, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.
Sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh AmberChia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah.
Sentiasa Berfikiran Positif
Kenapa perlu h.ina mak orang sampai begitu sekali. Boleh tak menghormati keluarga saya?.
“Kalau ada m.asalah, beritahu saya, jangan babitkan mereka. Jangan g.anggu keluarga saya sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun. Apa kalian akan rasa kalau ada seseorang kurangajar dengan keluarga kalian pula?” katanya ketika ditemui selepas pementasan teater Madu Ku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya PJPAC, 1 Utama, di sini, malam tadi.
Menurut Anna, walaupun ibunya kerap menjadi sasaran b.uli siber, namun dia bersyukur jantung hatinya itu kuat dan sentiasa berfikiran positif.
Dia sangat kuat dan tak kisah apa orang nak cakap. Dia hanya memberi fokus penuh kepada saya. Jadi terpulang kepada orang luar nak buat apa.
S.edih itu memang sudah semestinya sebab ibu saya tak ganggu orang. Mungkin sebab saya adalah figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa saja mengenai saya.
“Kenapa tak nak komen mengenai kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut. Mereka akan sentiasa bercakap,” katanya.
Dalam pada itu, Anna begitu tersentuh apabila peminatnya sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan kata-kata semangat kepada dia dan ibunya.
“Peminat saya baik dan mereka kenal saya macam mana. Saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya.
Teater Maduku Terpaling Kalut adalah sebuah teater yang berkonsepkan farcecomedy dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.
Selain Anna Jobling, teater itu turut dijayakan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Post a Comment