Foto sekadar hiasan Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dan terima kasih admin jika tulisan ini disiarkan.
Sebelum meneruskan penulisan ini, mesti ramai yang pernah baca pengalaman saya di “tanah toraja”.
ARTIKEL MENARIK:Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II, 19 September ini
Kali ni Saya bawakan kisah “Palu sebelum tsvnami”. Sebelum tu minta Maaf jika penulisan ni tidak teratur.
Kisah bermula pada tahun 2010, di mana keluarga saya dapat beli tanah dekat Palu Indonesia.
Oh! lupa nak bagi tau keluarga besar saya kebanyakan buat bisnes import export Malaysia – Indonesia.
Suatu hari kami dapat tawaran dari penduduk kampung yang ingin menjual tanah kebun dan Aruwah mak laburkan hampir semua duitnya untuk proses jual beli tanah tersebut.
Maka bermula perbincangan keluarga ke atas tanah kebun itu.
Oleh kerana kami semua tinggal di Malaysia, dan hanya perlu kembali ke Indonesia jika perlu sahaja, aruwah mak ingin menggaji perkerja untuk menjaga tanah kebun tersebut.
Bermula la kerja kami, mencari yang professional dalam menjaga tanaman cengkeh, lada putih dan kelapa.
Sedang kami sibuk mencari dari satu kampung ke satu kampung, kami di datangi seorang pakcik. Dia berkata jika ingin mencari pekerja dia bole bawa ke tempat seseorang yang boleh di percayai dan ramai yang dah mengunakan hikmatnya.
Kami pun bersetuju dan pakcik memberitahu akan datang selepas waktu solat zuhur.
Tepat lepas solat, pakcik tu datang dan kami hanya ikut saja langkahnya. Sewaktu dalam perjalanan kami diberitahu untuk tidak banyak soal, hanya perlu dengar. Selepas itu terpulang nak setuju atau tidak.
Sedang asyik melayan permandangan yang indah, kami dibawa melalui lorong yang sempit dan gelap. Hati mula berdebar debar, bermacam bermain di minda tapi kami gagahi juga.
Dalam 20 minit melalui lorong gelap dan sempit kami sampai di hujung sebuah kebun yang bersih, tersusun dan cantik sangat macam dalam sebuah taman.
Pakcik tu berkata, cantik tak kebun ni?? Kami pun berkata cantik sangat dan berapa upahnya?? Siapa perkerjanya?? Pakcik senyum saja dan berkata sabar sekejap lagi kamu akan berjumpa tuanya.
Rancak berborak, tiba tiba terdengar bunyi tapak kaki dari arah semak di belakang kami.
Kami pun serentak menoleh dan kami nampak jelas sejelasnya seekor babi hutan menuju ke arah kami.
Masa tu yang terfikir dalam kepala otak nak lari selamatkan tapi di halang oleh pakcik tersebut. Dia kata jangan takut Binatang ini jinak.
Dengan peluh yang masih dingin kami nampak jelas binatang tersebut bertukar menjadi manusia dan tersenyum kearah kami. Lantas teringat kata kata pakcik tadi untuk tidak banyak soal.
Pakcik itu menjelaskan, bahawa itu la tuan punya kebun tersebut. Namanya Om Wan dan jika ingin perkerja yang ingin menjaga kebun, dia tawarkan hikmatnya dengan syarat tidak boleh memiliki “momogan”(anak) dan hendakla melepaskan ayam ke laut setiap hujung tahun.
Kami terkedu dan hilang kata.
Seakan faham situasi kami, pakcik pun memberi masa dalam beberapa hari untuk membuat keputusan. Balik la kami dengan seribu persoalan.
Keesokan harinya penduduk kampung gempar dengan cerita kami yang mengikuti pakcik tersebut.
Mereka memberitahu bahawa Om Wan begitu kerana ilmu hitam yang memakan diri. Dan memberitahu mahluk yang menjaga kebun tersebut tidak di lihat dengan mata kasar tapi dapat di rasa kehadiranya.
Syukur alhamdulilah Allah masih jaga kami. Beberapa tahun kemudian tsvnami melanda Palu dan kami tidak terkejut dengan kejadian tersebut.
Sebab mereka masih melakukan ritual adat yang jauh menyimpang dari agama Islam. Banyak ritual yang pernah saya tengok sendiri dan jika ada masa saya akan tulis lagi.
Sekian dari saya, Mel
Reaksi Warganet
Hanani Yaakup –
Pasal manusia binatang jadian dekat Malaysia pun ada. Tahun 90an di kg sg kayu ara damansara (belakang mall one utama) sekarang dah jd tapak MRT.
Dulu kawasan setinggan indonesia. Pernah kecoh kejap kes anjing jadian. Sampai penduduk ambik turn berkawal malam malam. Rumah saya masa tu dalam bilik air ada atap open, kami tidur ramai ramai takut punya pasal.
Katanya perempuan tu derhaka dengan suami. Dapat tangkap anjing tu tapi dorang pergi lepas kat mana ntah.
Marni Awalan –
Saya pernah duduk sana 3 tahun. Zaman jahil sebab taktau main ikut ja adat keluarga, banyak ritual dan perjanjian orang lama.
Contoh kalau lepas buat kenduri kahwin mesti lepas tu kena pegi lepaskan ayam dan pulut kuning dan mandi dekat sungai tu..
Kalau tak buat nanti kita jadi sakit katanya. Saya dah lama tinggal kan benda alhamdulillah sikit pun tak pernah beri kesan yang buruk pada saya..
Nyi Merah –
Palu ketika itu dah bercampur Baur haq dan batil disamaratakan, pergi Haji, bina masjid dengan duit dari hasil pertaruhan, Judi..
Jika ada yg hamil juga di pertaruhan anaknya jantina apa bila lahir. Jika Allah sudah murka. Mudahan kita dikalangan hamba yang bertaubat
Sara Humaira –
Ade cerita dulu jadi dekat kawasan kg sni, orang tu tak puas hati dengan sorang makcik tu, pastu orang tu pi menuntut ilmu di Indonesia, dia jadi babi jadian.
Satu malam hujan lebat, dia cakap dekat bini dan anak anak dia, lepas ni takpayah cari dia dah, makan dan guna je la apa yang dia tinggalkan. Dia pun turun rumah.
Esok lepas subuh, makcik yang dekat rumah dia tu turun tengok kebun dia. Dalam cerah cerah tanah, tiber kecoh, mak cik tu mati dalam kebun dia, diserang babi hutan.
Dia disodok segala isi dan kulit, daging manusia bertaburan dekat kebun tu. Abah ikut landrover polis, pi kutip cebisan daging makcik tu.
Abah cakap macam kapas semua putih je isi dia. Babi yang sondol dia tu kemam habis darah dekat isi daging tu. Lepastu call la perhilitan la apa la sebab binatang ni bahaya, smpai terkoyak kulit kepala makcik tu nampak tengkorak.
Lepastu selagi ade isi dekat badan, habis carik carik dan di kemam darah oleh babi tu. Ade kesan tapak kaki babi, tiga je kaki, satu lagi kudung. Zaman tu masuk tv rasanya kes ni.
Lepastu merata alam la perhilitan dan orang awam cari babi tu, nak tembak atau tangkap, perhilitan cakap, mesti babi ni akan duduk dekat kawasan air. Sebab dia panas lepas makan drah manusia. Merata orang cari.
Sekali masa polis amek keterangan, ade sorang hamba Allah ni cakap, tu bukan nya babi tapi orang yang menuntut ilmu salah, takkan jumpa kalau cari. Dan dia akn jadi babi jadian sehingga hari Kiamat.
Dia menuntut ilmu ni, sebab tak puas hati dekat mkcik tu. Maybe la makcik tu ade nasihat pape. Makcik tu orang berilmu agama.
Lepastu dalam kalut ramai tu, polis tak dapat kesan siapa details, lelaki yang cakap pasal babi jadian tu. So sampai sudah tak jumpa babi yang serang makcik tu, dan lelaki tu pun sampai sudah takde muncul balik rumah.
Adhwa Hakim –
Pengalaman kami sebagai NGO ke Palu menghantar bantuan dari Malaysia. 3 kali ulang alik kesana.
Jumpa makck pakcik yang hilang harta, hilang anak hilang keluarga. Masing masing ada cerita sendiri kenapa Palu diuji sampai macamtu sekali.
Walaupun sudah pergi merata negara hantar bantuan tapi pengalaman Gempa, tsvnami, liquifaksi dekat Palu lah paling menginsafkan.
Sumber – Mel (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Kredit -Edisi Media !
Post a Comment