Foto sekadar hiasan Palu Sebelum Tsvnami II Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minta maaf lambat sambung part ll. Saya baru ada kesempatan menulis dan semua komen terdahulu saya baca, terima kasih.
Banyak juga persoalan yang masih belum terjawab hingga hari ini, ada juga yang komen jalan cerita macam cerita dongeng dan reka hiasan.
ARTIKEL MENARIK:“Palu sblm tsvnami”. Babi hutan tiba2 muncul, ber ubah menjd org. Sambil tersenyum dia bg syaratnya
Ok saya jelaskan disini.
Saya dibesarkan dibandar, bersekolah dan di kelilingi keluarga, jiran dan kawan yang moden tapi masih berpandukan ajaran agama Islam, memang tidak percaya 100% mistik dan sihir.
Sehinggalah saya di uji mistik di Tanah Toraja dan Palu. Manakala di uji juga sihir yang di tujukan kepada adik perempuan saya hanya kerana salah faham (orang yang tidak di kenali).
Melihat sendiri perut adik naik kembung macam orang mengandung (seiring air laut pasang), menggigit lidah sehingga hampir putus dan mukanya berubah kehitaman cukup membuatkan saya truma (panjang ceritanya).
Semua berakhir dengan pertolongan dari kenalan seorang pakcik juga berasal dari Indonesia.
Berbalik pada cerita Palu sebelum Tsvnami part l, keluarga saya tidak menerima pelawaan Om Wan kerana ia menyimpang dari ajaran agama Islam.
Dan syaratnya haruslah tidak mempunyai momogan (anak) sedangkan anak saya baru berusia 3 bulan. Jadi maksudnya saya kena korbankan anak la (ni kerja giila).
Di Indonesia perkara mistik, sihir dan pemujaan masih wujud sampai ke hari ini.
Ingat lagi tahun 1995 aruwah bapa balik untuk panen cengkeh bersama adik ke Palu. Dua minggu di sana tiba pernerbangan balik ke Malaysia, adik saya tak nak ikut seolah olah tidak mengenali aruwah bapa,
Maka heboh la sekampung dan tiket penerbangan pun hangus. Aruwah bapa call aruwah mak bagi tau apa yang berlaku sehingga terlepas penerbangan dan aruwah mak cadangkan cari orang kampung yang pandai berubat.
Rupa rupanya adik saya terkena “rantai sapi” iaitu ilmu yang di gunakan untuk memanggil haiwan ternakan balik tanpa perlu menggunakan tenaga
(ilmu ini selalu dipergunakan oleh penternak haiwan peliharaan. Bila haiwan tersebut melihat tuanya balik, automatik mereka akan terus ikut balik).
Dalam kampung itu ada seorang yang menggunakan ilmu tersebut, dia juga yang mengubati adik saya. Kejadian itu berlaku waktu senja tanpa sengaja adik saya lalu dekat belakang pakcik tu.
Di Palu juga masih ramai yang mengagungkan adat mereka dari agama.
Setiap hujung tahun, kepala lembu akan di hanyutkan ke laut untuk menolak bala. Meminum drah haiwan juga masih di lakukan, aktiviti pemujaan kubur lama juga aktif sampai sekarang,
Pernah ada kemtian. hampir semua warga lelaki tidur di perkuburan selama seminggu demi menjaga myat dari kena curi. Dan yang paling lucu, kubur upin dan ipin pon ada dekat sini hahaha.
Tidak kurang juga dengan sihir masih berleluasa, kadang berkeluarga pun main sihir. Ada seorang pakcik ni dia boleh genggam telur hingga masak dalam masa beberapa minit saja…
Saya pun bergurau “pakcik nak la ilmu ni tong gas dekat Kuala Lumpur mahal”.
Dia jawab “tak payah nak. ilmu ni ‘panas’. Sekali kau pakai, seluar dalam sehelai pon ko tak mampu tukar”. Tersentak mendengar pakcik tu berkata kata.
Sewaktu kejadian mencari pekerja untuk tanah kebun, banyak juga kejadian mistik selama sebulan kami berada di sana dan aruwah bapa juga perna bernazar sekiranya cucunya lahir perempuan dia akan buat akikah di Palu dan belikan barang kemas.
Kisah pertama
Mengisahkan Om Wan, dan tanah cengkih ni sudah kami jual awal bulan tujuh 2022. Dan ada beberapa lagi belum terjual kerana tidak sesuai dengan harga pasaran.
Kisah kedua
Sewaktu kami nak buat majlis akikah anak, semua orang kampung sibuk mengali lubang untuk sembelihan. Kami pun bertanya kenapa begitu?
Orang kampung pun bagi tau, tak boleh biarkan drah sembelihan begitu saja. Takut ada yang datang dari gunung sebelah (saya masih tak faham lagi waktu ni).
Sehinggalah waktu malam menjelma, kami dengar dengan jelas bunyi ayam yang sangat kuat macam ada yang mahu menangkapnya.
Terus aruwah mak ambik lampu suluh dan buka pintu. Sekali aruwah mak suluh reban, seekor ayam pun tidak ada. Apa lagi berlari la arwah mak ke dalam rumah. Kejadian ni dalam jam 8 malam.
Kisah ketiga
Sewaktu bulan mengambang minggu pertama kami sampai, adik yang berumur 5 tahun terbangun jam 2 subuh. Dia cakap ternampak orang terbang dan duduk di atas siling rumah (kami tidur dalam bilik).
Apalagi berebut berlari ke ruang tamu sambil tutup mata (dekat ruang tamu ramai ahli keluarga tidur habis semua kami pijak, hahahahaha).
Rumah mereka dibina dari kaca, jadi terang dan jelas kalau tengok dari dalam hanya guna langsir kalau malam.
Kisah keempat
Kedatangan kami seramai 15 orang membuatkan orang kampung berasa seronok dan gembira. Kami di raikan macam keluarga sendiri.
Ada satu hari tu mereka dapat menangkap seekor payau (rusa) dan buat acara makan makan.
Bermula la acara gotong royong memasak dengan jiran, tuan rumah dan aruwah mak ambil bahagian mencuci pinggan mangkuk dan periuk sambil bergurau senda (tempat mencuci di luar rumah).
Tiba tiba beberapa ekor anjing peliharaan tuan rumah bergaduh dan sangat bising. Aruwah mak anggap tu perkara biasa saja sambil sambung bergurau senda.
Tanpa di sedari anjing anjing tadi terlalu dekat ke arah tempat mereka mencuci pinggan. Niat tuan rumah dan aruwah mak nak leraikan pergaduhan anjing tersebut.
Sewaktu tuan rumah dan aruwah berdiri mereka ternampak bulu anjing anjing tersebut kembang terpacak satu badan sambil bergonggong dan berundur seperti berlawan dengan sesuatu.
Tiba tiba tuan rumah menjerit “lari!! Semua masuk dalam rumah”. Kami apalagi satu rumah berpeluk macam dalam peperangan.
Rupa rupanya aruwah mak tanpa sengaja membuang perut payau dan hampasan kelapa kebelakang semak tempat mereka mencuci pinggan.
Tuan rumah bagi tau dia ternampak ada lembaga hitam berbulu lebat menuju arah mereka mencuci pinggan.
Inila pengalaman teruk yang pernah saya lalui hingga berat badan saya susut dari 50kg ke 40kg disebabkan kurang tidur, takut dan stres.
Kejadian ini bukan setiap hari berlaku selama sebulan kami di sana. Teruk saya kena di Tanah Toraja, teruk lagi di Palu.
Tapi serius kampung ni sangat cantik damai dengan air laut yang hijau kebiruan tapi menyimpan seribu rahsia.
Lain kali ada masa saya tulis lagi tengtang “anak gadis bnuh diri diusia 15 tahun” dan pengalaman suami pergi memancing terjumpa “sesuatu” sebenarnya banyak lagi saya nak kongsi tapi sampai di sini dulu.
Sahabat pena, Mel
Part 3: Palu Sebelum Tsunami III
Terima kasih admin siarkan artikel ni lagi. Minta maaf jika mengambil masa lama untuk confession seterusnya.
Mel masih dalam fasa mencari kekuatan selepas kehilangan aruwah mak dan aruwah ayah dalam jarak beberapa bulan sahaja.
Minta maaf juga jika penulisan Mel berterabur dan tidak tersusun sebab Mel bukan seorang penulis.
Kalau la page ni boleh letak gambar atau voice macam whatsap tu kan lagi senang, hahahaha…
Tujuan sebenar Mel hendak berkongsi pengalaman dan rasa, bahawa Mel bertuah di lahirkan sebagai Islam dan mendalami ajaran Islam serta bertuah di lahirkan di tanah air tercinta Malaysia.
Bayangkan di negara mereka nak pegi hospital pun mahal, nak bekerja di mall pon kena ada sijil sekolah dan banyak lagi la kemudahan yang kita dapat secara percuma tapi tidak dinegara mereka.
Berbalik pada part II, Mel saja singkatkan menjadi sinopsis supaya ia tidak terlalu sarat, cukup la sekadar memahami apa yang nak di sampaikan,
Dan semua kejadian ni berlaku di tahun 2010 sebelum eletrik masuk dan line internet juga kurang memuaskan.
Indonesia memang terkenal dengan pulau pulau yang cantik. Hari pertama kami sampai, kami di bawa ke sebuah pulau yang bernama “pulau pasosok”.
Ke sana untuk Melihat beratus ekor penyu naik untuk bertelur di waktu malam, snokerling dan acara mengejar dolfin sangat mengujakan.
Tetapi di sebalik keindahan itu tersimpan seribu rahsia dan mistik yang sukar difikir Melalui akal minda yang sihat.
Sebelum tsvnami Palu 28/9/2018 berlaku, ia juga pernah di goncangkan dengan angin ribut yang kuat sewaktu “pesta Nomoni” berlangsung.
Pesta Nomoni ini penuh dengan kesyirikan, kemaksiiatan, ada penyajian makanan kelaut, ada tari tarian muzik sepanjang malam dan ribuan orang datang dari pelbagai pelusuk kampung.
Mereka tidak mengendahkan bantahan alim ulama indonesia tentang pesta tersebut, jembatan kuning sebagai mercu tanda PALU roboh membawa ratusan nyawa, begitula bila Allah murka pada mereka.
PETOBO
Berkeluasan 198 hektar adalah sebuah kampung yang hilang di telan bumi bersama ribuan jiwa, kampung ini adalah pusat terbesar perjudian bahagian Sulawesi.
Sebelum kejadian stunami berlaku, kampung ni sangat la hidup sampai kepagi (macam Bukit Bintang).
Segala bentuk perjudian ada, judi teka jantina anak untuk wanita mengandung pun ada.
Yang muslim satu rumah bersama 18 ekor anjing, pergi haji umrah mengunakan hasil judi, mendirikan masjid dengan hasil judi, kesyirikan meminum drah haiwan dan juga kemaksiiatan.
Menurut cerita Saksi yang hidup, kejadian itu berlaku selepas azan Magrib di ikuti goncangan yang sangat kuat.
Dia Melihat sendiri tanah dan jalan raya beralun seperti ombak, mendengar tanah terkoyak seperti kertas, dan Melihat jiran jiran di telan bumi meminta tolong membuatkan beliau trauma.
Bayangan seminggu selepas stunami berlaku masih terdengar suara suara meminta pertolongan dari bawah tanah.
Beliau juga menceritakan sewaktu tanah terbelah dan mengeluarkan lumpur yang banyak hingga menengelami paras dada, dia merasakan ada putaran di bawah kaki seperti kita tengah blander bahan masakan,
Beliau juga mengatakan, ini adalah balasan di atas kata kata mereka sewaktu Aceh di timpa stunami, mereka mengatakan mana mungkin stunami Melanda mereka kerana kampung mereka jauh dari laut dan berada di kedudukan tinggi atas gunung.
Tetap jika Allah mengkehendaki tanah dan jalan raya juga boleh beralun seperti air.
Pernah juga di minggu pertama kami sampai, suami mengajak abang dan 2 adik lelaki pergi memancing.
Setelah menyiapkan kelengkapkan, mereka bergerak mengunakan satu sampan. Di iringi seorang budak remaja yang berasal dari kampung tersebut.
Tiba di destinasi mereka mula memasang umpan. Tiba tiba air laut yang tenang mengeluarkan cahaya yang terang dan membuat pusaran bulat besar, angin mula bertiup dengan kencang.
Remaja tersebut memberitahu keadaan tidak baik dan mengajak untuk pulang.
Sedang sibuk mengemas peralatan mancing, budak remaja itu menjerit “cepat ombak besar sedang menuju kearah kita”
Dalam keadaaan kelam kabut itu suami ternampak dalam ombak besar itu ada sebuah kayu balak besar menuju kearah mereka, dan kayu balak tersebut ternampak seperti Berkepala lalu tersenyum manis.
Suami terus membaca doa sambil berkata pergi jangan ganggu kami. Serentak itu juga semua kembali tenang seperti tidak ada apa yang berlaku.
Mereka pun meneruskan memancing seperti biasa dan membawa hasil laut yang banyak. Inilah kali pertama Mel makan ikan fresh dari laut, rasanya memang sedap.
Inshaallah ada masa Mel tulis pengalaman yang lain pula.
Sahabat pena,
Sumber – Mel (Bukan nama sebenar)
Kredit -
Post a Comment