Ada yang hantu Red velvet disini? Haa… siapa sangka ada juga yang buat kek red velvet cream cheese kurang manis ya. Boleh jadi kan aktiviti bersama roommate atau keluarga ni, buat kek ini. Confirm seronok!
Terima kasih Noorul Izzah Marzuki untuk perkongsian resipi Kek Red Velvet ini 🙂
ARTIKEL MENARIK:Rahsia Masak Nasi Lemak ‘Tersedap’, Ada Bahan Kena Tumis Dulu!
Bahan-bahan:
2 ½ cawan tepung serba guna
1 sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk koko
1 ⅓ cawan minyak sayuran
1 cawan buttermilk – suhu bilik (atau 1 sudu besar jus lemon + 1 cawan susu)
2 sudu besar pewarna makanan merah
1 sudu kecil ekstrak vanila
2 biji telur gred A – suhu bilik
1 ¼ cawan gula kastor (boleh kurangkan)
1 sudu kecil cuka suling putih
1 sudu kecil baking soda
Lapisan Cheese Marble (resepi diolah sendiri):
500 g cream cheese (sebab buat dua adunan)
½ cawan gula aising
2 biji telur
1 sudu teh ekstrak vanila
Cara membuat:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayam tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulakan dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci. Saya guna 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
Untuk cheese marble, masukkan cream cheese, gula, telur dan vanilla ke dalam mixing bowl. Gaul sebati guna mixer. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan atas pan yang telah diisi dengan adunan kek tadi. Saya ratakan adunan cheese dengan masukkan dalam piping beg dan ratakan atas adunan kek. Saya simpan sikit adunan kek dalam 1-2 sudu, untuk titikkan atas adunan cheese dan gunakan lidi untuk lorekkan corak marble.
Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.
Setelah masak, biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
000
Kredit -
Post a Comment