Ismail Sabri saman Lokman Adam fitnah di media sosial

Ismail Sabri saman Lokman Adam fitnah di media sosial

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar terhadap Perdana Menteri.

Ismail Sabri saman Lokman Adam fitnah di media sosial



Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada Khamis lalu (8 September), dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

ARTIKEL MENARIK:PRU-15: UMNO hanya letak calon diterima parti, pengundi walaupun pernah kalah


Menerusi penyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos lalu, membuat kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam video bertajuk ‘Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM (Perdana Menteri) Ada Masa Jumpa Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) – Lokman Adam’.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube ‘Lokman Adam’ Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’, Instagram ‘lokmannooradam’ dan TikTok ‘datoklokmanadam’.

Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti politik lain yang bertentangan dengan Umno untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati Umno untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Dakwa plaintif, beliau tidak pernah mengatur langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum untuk kekal sebagai Perdana Menteri.



Loading...


Plaintif juga mendakwa beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk mencampur tangan prosiding undang-undang terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan bekas perdana menteri itu disabitkan dan seterusnya dipenjarakan.

Akibat kata-kata fitnah itu, beliau berkata, reputasinya sebagai seorang ahli Umno, Naib Presiden Umno dan Perdana Menteri terjejas, membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya dan siaran-siaran fitnah yang dibuat oleh defendan adalah berniat jahat.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, satu surat tuntutan bertarikh 25 Ogos lalu dikeluarkan supaya defendan memadam video daripada media sosialnya dan mengeluarkan permohonan maaf kepada plaintif namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

“Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

“Plaintif turut memfailkan permohonan secara ‘ex parte’ (sebelah pihak) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi memaksa defendan memadamkan video di akaun YouTube, Facebook, Instagram serta TikTok miliknya.

“Injuksi berkenaan juga bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada membuat kenyataan sama menerusi media sosial yang diuruskan oleh defendan dan permohonan itu akan didengar hari ini, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz, Mawar Rozain,” katanya lapor BH pada Isnin.


Kredit -Suara TV




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post