PRU-15: UMNO hanya letak calon diterima parti, pengundi walaupun pernah kalah

PRU-15: UMNO hanya letak calon diterima parti, pengundi walaupun pernah kalah

SEBERANG PERAI – UMNO hanya akan meletakkan calon yang boleh diterima oleh ‘akar umbi’ parti itu serta penduduk setempat atau pengundi di kawasan yang ditandingi oleh calon berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

PRU-15: UMNO hanya letak calon diterima parti, pengundi walaupun pernah kalah



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tidak menjadi sebarang masalah andai calon tersebut juga pernah kalah di kawasan yang sama dalam pilihan raya umum terdahulu.

ARTIKEL MENARIK:Pesalah Juvana Mampu Dapat 8A. Terima Anugerah Akademik Terbaik


“Tak apalah. Itu (pilihan raya umum sebelum ini) masa dia (calon) kalah. Masa dia menang pula?(jika menang PRU-15 nanti)

“Sebenarnya, pandangan cawangan pun kita (UMNO) ambil kira. Tapi kita buat penilaian (sebelum memilih calon) berdasarkan kriteria sama ada orang boleh terima dia atau tidak. Bukan setakat parti boleh terima, tapi nak tengok ‘public’ (orang awam) tu boleh terima dia juga atau tidak,” katanya kepada pemberita di Tasek Gelugor, malam tadi.

Beliau mengulas saranan Timbalan Ketua Cawangan UMNO Seberang Perak, Datuk Dr. Guntur Tobeng sebelum ini yang mahu UMNO tidak mencalonkan semula calon yang tewas pada PRU sebelum ini kerana calon itu katanya jelas sudah ‘ditolak’ oleh rakyat.

Kata Guntur, jika itu berlaku, ia dibimbangi akan menjejaskan kredibiliti parti yang seolah-olah dilihat tidak mempunyai barisan pelapis sehingga tetap mengetengahkan individu yang sudah tidak diterima oleh pengundi.



Loading...


Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pilihan raya umum di Malaysia berbeza daripada sistem Pilihan Raya Presiden seperti di sesetengah negara lain yang bergantung kepada undi popular untuk menang.

“Kita (Malaysia) buat pilihan raya untuk pilih (ahli) Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri). Maknanya di situ, (pilih) di situ sahaja atau setempat.

“Jadi, kalau kat situ kita ‘survey’ (buat tinjauan) tengok ada orang terima dia (calon)…mungkin seorang atau beberapa orang yang boleh diterima di kawasan itu, maka, kita akan ambil orang itu (untuk diketengahkan sebagai calon parti),” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post