Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib, Rosmah dibatal, ditarik semula

Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib, Rosmah dibatal, ditarik semula

SHAH ALAM – Keahlian Darjah Kebesaran Selangor bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dibatalkan dan ditarik semula berkuat kuasa hari ini.

Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib, Rosmah dibatal, ditarik semula



Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.

ARTIKEL MENARIK:Ismail Sabri saman Lokman Adam fitnah di media sosial


Kata beliau, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada 1992.

“Beliau didakwa di Mahkamah Tinggi atas beberapa pertuduhan melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn. Bhd.

“Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib yang diputuskan mahkamah sebelum ini.

“Justeru, keahlian beliau sebagai penyandang S.P.M.S. dan D.P.M.S. ditarik balik dan dibatalkan serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Haris yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran negeri, Rosmah pula dikurniakan S.P.M.S. yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada 2005.



Loading...


“Beliau telah didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

“Pada 1 September lalu, mahkamah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan itu. Maka dengan itu, keahlian beliau sebagai penyandang darjah itu turut ditarik balik dan dibatalkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Haris, pembatalan dan penarikan semula keahlian darjah kebesaran itu turut berkuat kuasa bagi bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman.

“Beliau sebelum ini menerima Keahlian Darjah Kebesaran Dato’—Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato’, Darjah Kebesaran Setia—Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.) dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.).

“Mohd. Arif disabitkan dan dijatuhi hukuman di mahkamah atas pertuduhan rasuah sebelum ia dikekalkan pada 23 Januari 2021,” katanya.

Beliau berkata, penarikan balik dan pembatalan keahlian itu selaras dengan kuasa prerogatif Sultan Sharafuddin di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran berkaitan selain konvensi diamalkan di Selangor. -KOSMO!ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post