Pegawai Imigresen Tular ‘Herdik’ Orang Awam Ditukar Serta-merta

Pegawai Imigresen Tular ‘Herdik’ Orang Awam Ditukar Serta-merta

PUTRAJAYA: Pegawai Jabatan Imigresen yang video rakamannya tular kerana mengherdik orang awam ditukarkan ke bahagian lain.

Pegawai Imigresen Tular ‘Herdik’ Orang Awam Ditukar Serta-merta



Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pegawai-pegawai Imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan mengambil sikap profesional apabila berdepan dengan provokasi lisan oleh orang awam kerana mereka diberi latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi.

ARTIKEL MENARIK:Najib Luah Rasa Sedih, Rasa Diri Keseorangan


“Dalam perkara ini, kita telah mengambil tindakan serta-merta dengan menukarkan pegawai berkenaan ke bahagian lain. Kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam juga akan dibuka dengan segera oleh Bahagian Integriti jabatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut walaupun siasatan awal mendapati terdapat unsur-unsur provokasi daripada orang awam yang terbabit.

Namun katanya, tindakan yang diambil oleh pegawai yang terlibat dalam insiden berkenaan adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu Integriti, Professional, Mesra.

“Selain itu adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam.

“Dalam masa yang sama kita juga berasa kesal dengan tindakan provokasi yang dilaksanakan oleh orang awam berkenaan. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk orang ramai memperbaharui pasport mereka seperti permohonan secara dalam talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad,” jelasnya.


Loading...


Beliau turut menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai yang bersikap tidak profesional dan dalam masa yang sama Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan imej dan kredibiliti jabatan tersebut.

Semalam media melaporkan, seorang bapa membuat laporan polis di Balai Polis Sri Muda selepas tidak berpuas hati diherdik pegawai Imigresen ketika bersama anaknya membuat permohonan pasport di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall, Shah Alam pada Rabu minggu lalu.

Terdahulu menerusi rakaman video berdurasi 26 saat yang tular itu kelihatan berlaku pertengkaran antara lelaki terbabit dengan pegawai di kaunter berkenaan.

UtusanOnline-

Kredit -MYNEWSHUB.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post