SAUDARA PENGARANG, Kelmarin Lembah Klang dilanda banjir kilat lagi. Ironinya, ia merupakan banjir yang melanda selepas konsert Billie Eilish di Bukit Jalil.
Beberapa jam sebelum konsert itu, pendakwah bebas Syed Mohd. Bakri Syed Ishak mendesak agar ia dibatalkan kerana di dalamnya mengandungi unsur maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Gesaan itu ada benarnya.
ARTIKEL MENARIK:Pegawai Imigresen Tular ‘Herdik’ Orang Awam Ditukar Serta-merta
Lihatlah apa yang terjadi. Beribu-ribu pengguna terutamanya di Shah Alam terperangkap atas jalan akibat banjir. Beberapa jalan termasuk terowong Smart terpaksa ditutup. Bukan konsert itu sahaja, bahkan mungkin banyak lagi majlis maksiat turut mengundang azab Allah. Apakah kita tidak mengambil pengajaran atas apa yang terjadi?
Sebenarnya, ketika negara dihimpit dengan pelbagai tekanan, kita memerlukan penganjuran majlis zikir. Betapa kita kekurangan majlis seumpama itu. Jika dianjurkan sekali pun, yang datang hanya orang tua.
Loading...
Berbeza dengan konsert yang mana peminatnya sanggup beratur seawal pukul 8 pagi. Alangkah indahnya jika berkejar-kejaran untuk menghadiri majlis zikir.
Pemerhati Kota,
Cheras, Kuala Lumpur
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment