Najib Luah Rasa Sedih, Rasa Diri Keseorangan

Najib Luah Rasa Sedih, Rasa Diri Keseorangan

Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak meluahkan rasa sedih yang terpendam di sudut hatinya, di mana dirinya kini bagaikan keseorangan.

Najib Luah Rasa Sedih, Rasa Diri Keseorangan



Menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, Najib Razak memaparkan beliau dipercayai mengambil air wuduk dengan ekpresi wajah sedih di sebuah tempat dipercayai surau.

ARTIKEL MENARIK:Lokman Adam sedang merosakkan imej Umno dalam kalangan rakyat non-partisan


“Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.

“Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Tambah bekas perdana menteri negara itu, “Dengan fitnah dan penganiayaan. Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan.

“Ada kalanya kita merasa kita keseorangan,” jelasnya.

SRC bertukar dramatik, peguam tarik diri

Terdahulu, memetik laporan Bernama pada 18 Ogos, pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak bertukar dramatik apabila peguam Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Peguam itu berkata beliau memerlukan lebih banyak masa kerana beliau tidak bersedia untuk membawa kes itu.

Hisyam yang dilantik Najib sebagai peguam utama baharunya pada 27 Julai, menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu di hadapan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel lima hakim pada hari pertama pendengaran rayuan Najib.

Hakim Tengku Maimun berkata sebagai peguam, Hisyam tidak boleh berundur diri sebaliknya memikul tanggungjawab itu untuk mewakili anak guamnya.


Loading...


Hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Hakim Tengku Maimun memberitahu Hisyam bahawa mahkamah telah mendengar permohonannya untuk penangguhan pada Selasa dan telah memberikan alasan mengapa mereka menolak permohonannya itu.

Mahkamah pada Selasa menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan dan mengarahkan prosiding diteruskan pada 18 Ogos.

Mahkamah juga menolak usaha Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRCnya untuk membatalkan perbicaraan.

Perbicaraan rayuan itu telah ditetapkan pada 15 hingga 19 Ogos dan 23 hingga 26 Ogos.

Sumber: Facebook Najib Razak


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post