Lokman Adam sedang merosakkan imej Umno dalam kalangan rakyat non-partisan

Lokman Adam sedang merosakkan imej Umno dalam kalangan rakyat non-partisan

Emel Pembaca UMNO akan hancur jika ada pemimpin seperti Lokman Adam ini. Tujuannya adalah cipta persepsi dan menyemai benci kebencian terhadap Perdana Menteri dalam kalangan ahli UMNO.

Lokman Adam sedang merosakkan imej Umno dalam kalangan rakyat non-partisan



Terbaru ini beliau dalam FB live menuduh YAB DS Ismail Sabri takut hendak bubar kerajaan sebab tidak puas menjadi Perdana Menteri.

ARTIKEL MENARIK:Bayi masih bernyawa dijumpai atas sofa


Lepas itu, dia putar belit kenyataan PM dengan kata tidak ada bukti BN akan menang jika berlakunya PRU-15 sekarang. PM hanya cakap bubar parlimen tidak boleh terburu-buru kerana UMNO perlukan kajian sama ada kita boleh menang atau tidak jika PRU-15 diadakan sekarang.

Jangan sandarkan kemenangan PRN dan PRK sebagai kayu ukur BN akan menang PRU-15. Semasa PRN, hanya isu-isu lokal dijadikan modal kempen. Berbeza dengan PRU, isu-isu nasional menjadi tumpuan utama parti politik.

Isu LCS, SRC, 1MDB dan sebagainya akan dijadikan modal musuh BN untuk mengentam kita.

Suka atau tidak ini adalah realiti yang UMNO-BN terpaksa hadapi.

Kemudian, BN menang PRN Melaka adalah kerana kadar pengundi keluar yang rendah berbanding PRU-14.

Sama juga semasa PRN Johor, sebanyak 45 peratus pengundi di Johor tidak keluar mengundi. Jika peratusan pengundi keluar tinggi, besar kemungkinan kemenangan tidak akan berpihak pda BN.



Loading...


Isu-isu ini yang perlu kita kenal pasti dan mencari penyelesaian. Bukannya jadi “kamikaze” dan bunuh diri.

Semuanya perlukan masa yang tepat dan strategi. Lokman Adam jangan jadikan UMNO sebagai tebusan hanya untuk kepentingannya seorang.

Ini bukan lagi masa untuk BN bergantung sepenuhnya pada pengundi putih. Pengundi kelabu dan hitam sepatutnya kita dekati dan mendapat undi mereka.

Adakah BN yakin pengundi kelabu dan hitam ini sudah berpihak pada kita jika PRU-15 diadakan sekarang?

Lokman Adam betul-betul tidak bersyukur apabila seorang Naib Presiden daripada UMNO menjadi Perdana Menteri.

UMNO dapat bernafas semula selapas kalah adalah kerana Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dan dapat membantu setiap bahagian di Malaysia.

Tuduhan YAB DS Ismail Sabri mahukan kerjasama dengan PN selepas PRU-15 kerana UMNO tidak menang besar dan terpaksa membentuk kerajaan gabungan adalah tuduhan yang melampau serta tidak berasas.

Keputusan PAU jelas mengatakan tiada kerjasama dengan PPBM dan PH. Ini adalah ketetapan parti, tiada siapa boleh melanggarnya termasuklah Perdana Menteri atau Presiden.

Tuduhan lain pula Lokman Adam kata YAB DS Ismail Sabri tidak mahu tolong boss kamu, Najib Razak.

Kalau betul kes yang dihadapi Najib ini adalah angkara Mahathir, jelaskanlah pada mahkamah ini semuanya adalah salah Atuk dan Lokman Adam boleh jadi peguam baru Najib.

Jangan lupa lepas ini kata kes Najib ini berlaku kerana fitnah akhir zaman. Sudah-sudahlah bodohkan ahli UMNO.

Apa beza BN dengan PH jika Ismail Sabri campur tangan dalam kes mahkamah. BN tidak ubah seperi Tommy Thomas yang menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan LTTE. Begitu juga dengan kes rasuah Lim Guan Eng yang digugurkan mahkamah.

Rakyat akan lagi membenci UMNO jika tiba-tiba kes Najib digugurkan dan percayalah UMNO akan terus dihukum rakyat.

Pemimpin datang dan pergi. Yang kekal adalah parti. Janganlah korbankan parti hanya untuk kepentingan individu.

UMNO bukan tebusan!

Lobakman


Kredit -Suara TV




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post