$11 bilion, Robert Kuok Masih Individu Terkaya di Malaysia, Sekali Netizan Cari Nama Tauke² Founder Dalam Senarai

$11 bilion, Robert Kuok Masih Individu Terkaya di Malaysia, Sekali Netizan Cari Nama Tauke² Founder Dalam Senarai

Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus, berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion manakala pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok masih menduduki tempat pertama.

$11 bilion, Robert Kuok Masih Individu Terkaya di Malaysia, Sekali Netizan Cari Nama Tauke² Founder Dalam Senarai



“Secara keseluruhan, 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot,” kata Forbes Asia ketika mengumumkan senarai itu, hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Wanita ‘Belanja’ Deko Rumah Ala-ala “Farmhouse”, Rumah Jadi Lagi ‘Luas’ & Selesa


Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

“Didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan domestik, ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022, mengatasi kesan pandemik serta kesan akibat banjir kilat yang berlaku Disember lepas.

“Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan lalu, turun naik mata wang menyaksikan ringgit merosot 6.0 peratus,” katanya.

Forbes Asia berkata, Kuok kekal berada di tempat pertama walaupun kekayaannya merosot kepada AS$11 bilion daripada AS$12.2 bilion tahun lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia) Tan Sri Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.1 bilion.

Beliau menambah AS$500 juta kepada nilai kekayaan bersihnya sebanyak AS$9.6 bilion tahun lepas.

Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya yang mengawal syarikat aluminium Press Metal Bhd kekal di tempat ketiga dengan AS$6.2 bilion (RM27.2 bilion), tidak berubah daripada setahun lalu.

Melengkapkan senarai lima individu paling kaya adalah Pengasas dan Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$5.7 bilion (RM25 bilion) dan Ananda Krishnan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd serta penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd dengan AS$5 bilion (RM22 bilion).

“Pembuat sarung tangan getah Malaysia yang antara yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas, kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes Covid-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat,” katanya.

Jumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (No 11, AS$1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (No 14, AS$1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.

Pasangan suami isteri Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (No 45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.

Kekayaan kolektif kumpulan lima orang ini, yang termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (No. 24, AS$740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (No 30, AS$565 juta), turun lebih daripada AS$5.7 bilion.

“Larangan sementara Indonesia ke atas eksport minyak boleh dimakan dalam persekitaran penurunan pengeluaran minyak sawit Malaysia memberikan keuntungan kepada hartawan dalam sektor berkenaan,” kata Forbes Asia.

Kekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian (No 12, AS$1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih daripada satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.

Tan Sri Ling Chiong Ho (No 36, AS$425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.

Sementara itu, penyenaraian bulan Mac bagi pengeluar tenusu Farm Fresh mendorong Loi Tuan Ee (No 43) yang berkongsi kekayaan bersama dua adik-beradiknya, mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak AS$380 juta, syarikat tersebut disenaraikan buat kali pertama.

Farm Fresh yang diasaskan oleh Loi dan abangnya Loi Tuan Kin pada tahun 2007 dan seterusnya mendapat sokongan dana kekayaan negara Khazanah Nasional, memiliki lima ladang tenusu di Malaysia dan satu di Australia.

Nilai bersih minimum untuk disenaraikan ialah AS$255 juta, turun daripada AS$315 juta pada 2021.

10 individu terkaya Malaysia

1) Robert Kuok; AS$11 bilion

2) Quek Leng Chan; AS$10.1 bilion

3) Koon Poh Keong dan adik-beradik; AS$6.2 bilion

4) Teh Hong Piow; AS$5.7 bilion

5) Ananda Krishnan; AS$5 bilion

6) Lee Yeow Chor dan Yeow Seng; AS$4.8 bilion

7) Chen Lip Keong; AS$2.7 bilion

8) Tan Yu Yeh dan Yu Wei; AS$2.4 bilion

9) Lim Kok Thay; AS$2.35 bilion

10) Lau Cho Kun; AS$2 bilion

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kekal menjadi Bumiputera terkaya di Malaysia apabila disenaraikan pada kedudukan ke-15 dengan nilai kekayaan AS$1.31 bilion.

Forbes Asia berkata senarai itu dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, laporan tahunan dan penganalisis.

Semntara itu, rata-rata netizan pelik kenapa nama-nama pengasas kosmetik dan perniagaan lain tidak tersenarai


Loading...


“Sifu-sifu jutawan nombor berapa”

Dr Azizan terbukti Mentor Bisnes

Shah Alam: Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang mentor bisnes yang terbukti melahirkan ramai usahawan berjaya.

Kenyataan itu dibuat pelakon, Norman Hakim sebelum ini pernah mendapatkan latihan dan bimbingan dalam program yang dianjurkan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) pada 2016 lagi.

“Saya mengikuti program RichWorks iaitu Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang mana mengajar banyak tentang aspek asas kehidupan malah soal kerohanian diri ini. (https://youtu.be/NzxQzCccYfA)

“Kemudian saya menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mengajar tentang soal pemasaran dan penjenamaan sesebuah bisnes itu untuk berkembang,” katanya mengulas segelintir orang yang mempersoalkan Dr Azizan dikaitkan dengan scammer dan hanya jual air liur.

Terdahulu Norman dalam akaun Instagram @normanhakim_786 menghantar komen dalam hantaran @azizanosman_official yang mana Dr Azizan telah mengajarnya hingga berjaya mencapai jualan sampai jutaan ringgit. (https://www.instagram.com/reel/Cecc3ceMmTM/?utm_source=ig_web_copy_link)

Tambah Norman, sebelum ini beliau menjalankan kolaborasi dengan pihak lain namun ketika awal 2020, beliau dan isteri mengasaskan bisnes mereka berdua dengan berbekalkan ilmu Dr Azizan yang ada sebelum ini.

“Saya suka kongsikan analogi ‘fitness’ yang menjadi passion saya dengan bisnes di mana saya mencari guru yang terbaik untuk mendapatkan ‘rahsia’ dapatkan badan yang diimpikan.

“Daripada ambil masa tiga ke enam bulan untuk alami perubahan dengan bimbingan guru, saya ketahui cara lebih pantas capai contohnya ‘8 packs’ dalam 8 minggu saja walau apa yang orang makan,” jelasnya lagi.

Begitulah seperti dalam bisnes, Norman memberitahu, usahawan yang komited pastinya mahukan guru yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang disasarkan termasuk membina bisnes berjaya.

“Kesimpulan yang saya boleh katakan, bila anda berguru barulah akan dapat hasil lebih cepat.

“Datuk Wira Dr Azizan Osman memang ada proven results,” katanya.

Semalam, salah seorang anak murid Dr Azizan, Asyraf Khalid juga bangkit bersuara untuk memperjelaskan tentang mentornya yang mana telah berjaya ubah bukan saja kehidupan malah transformasi bisnes Mutyara Beauty yang dijalankan bersama isterinya, Tya Arifin.

Sumber: Bernama, HMETRO via Trending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post