Bukan Saja Rumah Diubahsuai, Ada Lagi Benda Lain Jadi Sampai Jiran Kena Lap0r P0lis

Bukan Saja Rumah Diubahsuai, Ada Lagi Benda Lain Jadi Sampai Jiran Kena Lap0r P0lis

Nilai: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sudah mengeluarkan tiga notis arahan dan sitaan kepada pemilik bangunan di Taman Surian, Mantin, di sini, yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan supaya menghentikan dan merobohkan binaan tambahan berkenaan.

Bukan Saja Rumah Diubahsuai, Ada Lagi Benda Lain Jadi Sampai Jiran Kena Lap0r P0lis



Datuk Bandarnya, Datuk Masri Razali berkata, Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini kerana keingkaran pemilik mematuhi notis yang dikeluarkan.

ARTIKEL MENARIK:‘Rumah dah hancur ,retak disebabkan PBT beri kelulusan kepada jiran buat rumah 2 tingkat’ – Pengadu


“MBS memandang serius atas kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan ini. Sebarang kerja ubahsuai bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada MBS terlebih dahulu, lebih-lebih lagi dalam menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti warga bandar raya yang berbilang kaum.

“Segala tindakan yang diambil bertujuan mensejahterakan keharmonian warga bandar raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tindakan itu dibuat susulan penduduk di Taman Surian mengadu kurang selesa dengan sebuah rumah yang diubahsuai secara berlebihan sehingga menyerupai rumah ibadat dan difahamkan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Paling terkesan adalah jiran sebelah yang terpaksa berhadapan dengan bunyi bising sejak 2019 kerana difahamkan kerja ubahsuai berterusan sehingga sekarang.

ANGGOTA penguat kuasa MBS menyita sebuah rumah yang diubahsuai seolah-olah kuil di Taman Surian, Mantin. FOTO Azrul Edham.

Abdul Halim Hassan @ Talib, 38, berkata, lebih memeritkan apabila rumahnya mengalami keretakan dan kebocoran akibat kerja ubahsuai di kediaman jirannya itu selain keselamatan serta ketenteraman ahli keluarganya juga terjejas.

“Beberapa dinding di tingkat atas dan bawah retak dipercayai akibat kerja ubahsuai rumah jiran. Malah ada kawasan yang bocor dapat dilihat pada siling dan dinding,” katanya.

Lebih malang, cermin hadapan keretanya juga dipecahkan selepas dia merakam video kediamannya jirannya, sebagai bahan bukti laporannya.

Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes khianat membabitkan pasangan suami isteri yang juga penduduk di Taman Surian di sini, pada Ahad.

Pec4h Cermin Kereta

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian itu, seorang lelaki melakukan khi4nat dengan memecahkan cermin kereta pasangan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mereka.



Loading...


“Susulan insiden itu, polis sudah memanggil kedua-dua pihak yang terbabit untuk dirakam keterangan.

“Fokus siasatan menjurus kepada kejadian khianat yang dilaporkan dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

kredit: hmetro via Trending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post