“Buat Ustaz-Ustaz Yang Kutuk Saya..”-Ustaz Kazim Jawab Dakwaan Dia Hanya Berlak0n

“Buat Ustaz-Ustaz Yang Kutuk Saya..”-Ustaz Kazim Jawab Dakwaan Dia Hanya Berlak0n

Kisah hidup dialami penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim yang mengakui dirinya terseksa akibat disihir semakin mendapat perhatian ramai apabila pelbagai cerita dikongsikan beliau.

“Buat Ustaz-Ustaz Yang Kutuk Saya..”-Ustaz Kazim Jawab Dakwaan Dia Hanya Berlak0n



Terbaharu, Ustaz Kazim sekali lagi memuat naik hantaran di Facebook meluahkan rasa rindu untuk menikmati bermimpi dan tidur lena yang telah lama hilang dari hidupnya.

ARTIKEL MENARIK:$11 bilion, Robert Kuok Masih Individu Terkaya di Malaysia, Sekali Netizan Cari Nama Tauke² Founder Dalam Senarai


Bagaimanapun, sehingga kini beliau masih berusaha dan mencuba segala rawatan bagi mencari penawar peny4kitnya.

“Lama dah tak bermimpi, lama juga tidak menikmati lena, kesakitan kepedihan miang, tidak pernah berpisah.

“Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya, yang tidak merasai akan mempertikai, aku cuma berdoa agar mereka tidak mendapatkannya,” tulisnya.

Tambah Ustaz Kazim, beliau juga berharap agar dirinya diberikan kesabaran yang tinggi dan akan sentiasa reda dengan ujian hidupnya.

“Hanya sabar dan reda mengubat jiwa, dakwah itu menyegarkan, semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini,” luahnya.

Ustaz Kazim meluahkan rasa rindunya dalam merasai nikmat tidur lena

Terdahulu, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari golongan VIP yang mengambil kesempatan terhadap orang yang sedang ditimpa musibah sepertinya dengan memberikan sumbangan bon 1 juta Euro.

KKM, pakar kaji s4kit dideritai Kazim Elias

Dalam perkembangan terkini, Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan universiti tempatan telah tampil untuk membantu mengkaji dan mengenal pasti penyakit misteri yang dideritainya kini.

Menurutnya, pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang bertemunya pada Rabu dan beliau dijadualkan bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis.

“Mereka akan membuat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim.

“Tetapi, sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini.

“Selain mereka, ada beberapa pihak lagi yang datang menghulurkan bantuan termasuk daripada persatuan doktor dan individu-individu lain yang ingin turut sama membantu. Saya bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat saya terbuka untuk berkongsi sakit yang saya deritai selama ini,” katanya dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf.

Mohd Kazim sewaktu Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf. – Foto ROSLI TALIB
Sebelum ini, Mohd Kazim telah berkongsi secara terbuka penderitaan yang dialaminya sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.



Loading...


Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Kazim menyatakan, tidak salah untuk golongan pendakwah terlibat dengan bidang seni, termasuk berlakon di dalam drama dan filem.

Jelasnya, golongan ustaz, asatizah dan agamawan perlu ‘lawan’ dan masuk ke dunia lakonan jika ingin memahami dan pada masa sama berdakwah, namun ia perlulah bersyarat.

“Kalau kita tak buat, selama-lamanya akan macam itu. Kita kena lawan, kena masuk tetapi kena buat syarat. Begitu jugalah dengan berlakon. Kalau ustaz, asatizah, agamawan tidak buat filem, tidak berlakon dan tidak bercampur dalam filem, selama-lamanya orang akan jadi macam itu.

“Saya terlibat dengan filem, drama dan sitkom, saya tahu keadaan krew. Jadi, bila saya nak berlakon, saya letakkan syarat tertentu seperti pelakon wanita Islam memakai tudung. Maknanya, kita yang meletakkan syarat.

“Saya pernah berlakon cameo dalam satu filem. Ada satu babak dalam van dan ada pelakon perempuan. Bagaimana kita nak dakwah? Saya secara spontan bertanya, ‘Yah, kamu tu bila nak bertudung?’ Dalam situasi itu, saya tetap berdakwah,” jelasnya.

Tambahnya, tiada gunanya jika kita hanya pandai mengutuk dan menghukum, sebaliknya perlu mengambil pendekatan menasihati dan berdakwah.

“Apa yang haram, tetap haram. Jadi, pendakwah yang berlakon ini kena jaga ikhtilat dan hukum. Mereka boleh buat syarat tetapi kalau orang tu tak nak tutup (pakai tudung), kita nak kata apa. Kita tak boleh nak paksa. Hanya ALLAH Taala sahaja yang tahu apa niat dan alasannya,” ujar beliau.

“Buat Ustaz-Ustaz Yang Kutuk Saya..”-Ustaz Kazim

Dalam video ini Ustaz Kazim ada jelaskan mengenai beliau yang banyak terima kritikan dengan mengatan beliau hanya berlakon. ini penjelasan Ustaz kazim tentang realiti yang berlaku terhadapnya..

Berkenaan dengan Ustaz-Ustaz yang kutuk saya, Ustaz Kazim doakan mereka tidak kena sih1r, dilindungi oleh Allah dan diberikan kesempatan oleh Allah untuk berdakwah dengan
mudah

Ustaz Kazim juga beritahu peluang untuk di panggil ceramah dan masuk tv makin tipis

Sumber: gempak dan durian merah.com, sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post