SELEPAS isu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof semakin panas dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana pula tampil memberi respon berhubung perkara itu.
Ujar Sarah, dia tahu ada spekulasi mengatakan Syamsul telah bertunang dan berkahwin dengan Ira Kazar namun dia memilih untuk tidak ambil pusing tentang perkara itu.
ARTIKEL MENARIK:Syamsul berjaya cari wartawan mStar. Orang yg dia bersemuka bukan calang2 jugak
Selepas empat tahun berdiam berdepan ujian tersebut, Sarah berkata dia kini sudah ikhlas dengan apa yang berlaku dan berharap suaminya berlaku adil dan tidak lupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya.
“Selepas empat tahun benda ni berlaku terhadap saya, saya dah lalui banyak ujian dan kecaman. Saya memilih untuk berdiam diri.
Tapi sampai bila saya nak terus berdiam dan biarkan mental saya sakit. Saya tak nak anak-anak saya nampak saya dalam keadaan macam tu nanti akan menjejaskan mereka.
“Kena ikhlas dengan apa berlaku, saya kena teruskan hidup macam biasa. Fokus kepada kerjaya dan anak-anak serta keluarga,” katanya kepada mStar.
VIDEO:
Sumber : MSTAR ONLINE via Bulletin 50 Times.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment